Dedah lokasi panas H1N1
KUALA LUMPUR 13 Ogos – Kementerian Kesihatan diminta mendedahkan lokasi-lokasi panas kes selesema babi atau influenza A (H1N1) terutama kawasan yang membabitkan kematian atau mempunyai kadar jangkitan tinggi supaya orang ramai lebih berwaspada.
Melalui pendedahan itu, orang ramai boleh mengelakkan kawasan tersebut sama seperti larangan yang dikenakan oleh kerajaan terhadap lawatan ke negara-negara yang dilanda wabak itu sebelum ini.
Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Muhammad Shaani Abdullah berkata, kerajaan perlu bersikap lebih terbuka dengan mendedahkan lokasi-lokasi yang mencatatkan jumlah kes jangkitan dan kematian tinggi akibat wabak H1N1.
“Maklumat mengenai lokasi-lokasi tersebut akan memberi mesej dan panduan kepada orang ramai agar sentiasa berwaspada selain meningkatkan tahap berjaga-jaga apabila berada di kawasan tersebut.
“Sebagai contoh, jika seseorang mahu mengunjungi mana-mana kawasan yang telah diklasifikasikan sebagai berisiko H1N1, maka mereka secara sendirinya akan meningkatkan tahap berjaga-jaga,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - + selanjutnya
0 comments:
Post a Comment