Rakan WARTAMAYA

Sunday, August 30, 2009

Arak kepala lembu, NGO Melayu cemar imej agama sendiri

KUBANG KERIAN, 30 Ogos: Tindakan beberapa NGO Melayu mengarakkan kepala lembu dan memijaknya di hadapan bagunan SUK Selangor dua hari lalu telah mencemarkan imej penganut dan agama Islam itu sendiri.

Akibat tindakan segelintir pihak itu, seluruh penganut Islam terpalit sama dan boleh dipandang serong.

Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS negeri Kelantan Ustaz Muhammad Mustafa berkata, selain menyinggung perasaan penganut agama hindu, tindakan di luar ajaran Islam itu juga mampu mencetuskan ketegangan kaum.

"Apakah dengan membuat demonstrasi membawa kepala lembu tersebut satu cara penyelesaian? Ini akan menyinggung perasaan penganut agama Hindu yang mereka menganggapkan lembu sebagai seekor binatang suci. Islam tidak menyuruh kita menyinggung perasaan penganut agama lain," ujar Adun Demit tersebut. - + selanjutnya
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list