Rakan WARTAMAYA

Wednesday, July 22, 2009

Zaid tak pernah susah masa dalam BN - Rais

[...] ''Tindakan Zaid membuat dakwaan (dalam blognya) itu dilihat seperti orang yang lupa diri selepas mendapat faedah dan kejayaan menerusi UMNO ketika berada dalam parti.

''Beliau (Zaid) perlu ingat bahawa kejayaan firma beliau juga berlandaskan dasar yang ditetapkan oleh kerajaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Zaid mempelawa Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan dakwaan terhadap perjuangan UMNO adalah berbentuk perkauman.

Kata Rais, tindakan Zaid itu dianggap seperti tidak memahami 'asam garam' politik sambil menyifatkannya masih mentah.

''Zaid masih baru ketika berada dalam UMNO, dia tidak pernah berasa susah dan menghadapi naik turun dalam politik sebaliknya terus menjadi menteri," jelas beliau. - + selanjutnya
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list