'Saya orang terakhir dihubungi Beng Hock'
SHAH ALAM 21 Julai - "Saya ialah orang terakhir yang dihubungi Teoh Beng Hock selepas mendiang dibawa ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Rabu lalu," kata M. Manoharan ketika ditemui di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) di sini petang ini.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah itu, ketika menghubungi telefon bimbitnya kira-kira pukul 6.15 petang itu, suara Beng Hock yang juga Setiausaha Politik Exco kerajaan negeri, Ean Yong Hian Wah ceria dan seperti biasa.
Beliau yang juga peguam mendiang berkata, dalam perbualan tidak sampai seminit itu, Beng Hock memberitahu, dia telah dibawa ke sebuah bilik di dalam pejabat SPRM di tingkat 14, Plaza Masalam di sini, untuk diambil keterangan.
"Selepas memaklumkan saya berada di tingkat bawah dan akan ke tingkat 14 untuk menemaninya (Beng Hock), kami menamatkan perbualan," katanya. - + selanjutnya
0 comments:
Post a Comment