Umno sokong Kelantan tuntut royalti minyak
KOTA BARU, Julai 1 – Tuntutan isu royalti minyak sebanyak RM1 bilion kerajaan negeri Kelantan terhadap Kerajaan Pusat turut dipersetujui Ketua Pembangkang, Datuk Md Alwi Che Ahmad, sekiranya tuntutan tersebut mempunyai bukti kukuh bahawa terdapat petroleum dan gas seperti mana didakwa sebelum ini.
Sebaliknya Md Alwi menegaskan tuntutan tersebut mestilah dibuat berdasarkan dokumen bagi membuktikan kesahihan perkara berkenaan. Namun dalam masa sama beliau tidak bersetuju isu tersebut dihebohkan pada pentas-pentas ceramah.
“Jika perkara ini benar, ada bukti, cukup semua dokumen, teruskan. Runding secara baik dengan Kerajaan Pusat. Tidak perlu disuarakan dengan nada marah atau sinis,” katanya ketika membahas Rang Enakmen Perbekalan Tambahan Pertama 2009 pada persidangan Dun Kelantan. - + selanjutnya
1 comments:
nak sokong apa? umno yang selama ini tak bagi royalti minyak, bukan pakatan rakyat yang perintah malaysia, tapi UMNO BN yang perintah lama dah sampai nyanyuk....nak buat tuntutan pada diri sendiri
Post a Comment