Rakan WARTAMAYA

Wednesday, July 1, 2009

Diskusi : Apa silap nye?

dikirim : fauziXXX@ymail.com

Kalau kita berkunjung ke Kuala Lumpur pada hari Sabtu atau Ahad, terutama cuti UMUM. Amat kurangnya kelihatan orang tempatan berbanding orang luar di bandar tersebut. Tidak seperti 10 atau 20 tahun dulu.

Kalau di Kuala Lumpur ... dari Pasar Seni menuju ke Kompleks Kotaraya dan seterusnya ke Pudu Raya ... di kiri kanan jalan kelihatan wajah wajah Bangladesh, Myanmar, Philipina dan macam macam muka. Di dalam kompleks membelibelah Kota Raya .... terdapat beberapa kumpulan pendatang di sekeliling bangunan dan di dalamnya.

Di pekan Kelang, di pusat membeli belah dan ruang rehat padang permainan .. keadaan pun begitu juga. Kalau di Shah Alam, kawasan yang cukup ramai pendatang berlonggok di tepi jalan adalah di Sri Muda.

Saya pernah ke Dubai, Oman dan beberapa negara yang sedang membangun. Banyak peluang pekerjaan dan ramai yang datang ke sana, tapi tidak kelihatan pendatang berpeleseran sesuka hati dan memenuhi kawasan kawasan umum sehingga menakutkan orang tempatan sendiri.

Jadi .. dimana kesilapan dam kelemahan kita atau apa kah yang anda akan lakukan, sekiranya anda menjadi menteri yang bertanggung jawab? Atau adakah kita ni jenis pandai bercakap, rancang itu dan ini, tapi satu pun tak menjadi?
Share/Bookmark

2 comments:

Anonymous,  July 1, 2009 at 7:23 AM  

Kelemahan pada kerajaan kita. Kalau di luar negara, sebahagian pekerja sektor tertentu, tidak di benarkan keluar. Di sediakan asrama, makan dan minum. Jadi mereka tidak keluar suka suka. Nak keluar ada syarat ketat. Kalau ditemui di tempat awam, di tahan.

Undang undang di negara kita lemah. Tiada syarat di kenakan atau penguatkuasaan tidak sempurna. Menyebabkan pendatang bersepah sepah tak tentu haluan. ramai yang lari dan cari pekerjaan lain. Agensi langsung tidak bertanggung jawab. Selepas masukkan pendatang, mereka lepas tangan. Komisyen dapat RM3000. Untung atas angin.

Sekarang keadaan menjadi di luar kawalan. Keadaan bertambah buruk dengan rasuah. Tangkap dan tidak sampai 1 kilometer dan di lepaskan.

Kalau ini terus berlaku. Tidak hairan kalau pekerjaan menjadi kurang, penduduk tempatan akan merempat.

TOK LEBAI,  July 1, 2009 at 7:47 AM  

Salam wak......itu semua kan duit tu wak!!!!lagi gamai masuk lagi banyak lah duit tok menteri yang brkenaan....nak ikut undeng22 buat ap?!!!!!kuasa pada tok menteri berkenaan lah....lu buleh buat apa?!!!!!!kakakaka...kakaka....dari dulu2 hingga kini tu lah ubn/umno....kakaka...kakak

Blog list