Rakan WARTAMAYA

Thursday, June 4, 2009

Timb presiden PAS mesti ulama

Presiden PAS dan timbalannya mestilah seorang ulama kerana kedua-duanya akan menganggotai badan berpengaruh besar dalam penggubalan dasar parti itu, Majlis Syura, demikian desak seorang perwakilan di muktamar Dewan Ulama PAS.

Perwakilan Terengganu, Saiful Bahari Mamat berkata, perkara itu mesti dipertegaskan kembali kerana ia digariskan dalam perlembagaan parti.

"Presiden dan timbalan presiden secara automatiknya akan menganggotai Majlis Syura. Oleh itu mereka mesti alim dan mempunyai kefahaman mendalam tentang agama. Kita mesti mempertegaskan perkara ini," katanya. - Mkini
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list