Terima kaseh la Hadi Awang dan Nasharudin
RATUSAN RIBU AKAN TINGGALKAN PAS DAN SERTAI PKR......
Betul tak betul aku dah tak kesah ..
Tapi kemungkinan tu ada ....
Lena lah tidur mereka agaknya.
TG Haji Hadi ...
Sila buktikan dengan kejayaan PAS di Terengganu pada prk 13 nanti.
Nasharudin ..
Sila buktikan Bachok masih di tangan PAS pada pilihanraya akan datang.
13 comments:
Mana PAS boleh menang kat Bachok. Tentu UMNO nak tanding kat situ lawang PKR. Kat Trengganu pong PAS tak boleh menang sebab dia kena bagi2 kawasang dengang UMNO untuk lawang PKR. Heheheh amacam?
Link to Mugabe Unity Government news archive: http://www.timesonline.co.uk/tol/news/world/africa/article4784175.ece
Hah..tunggu apa lagi..kluaq cepat, kita nak tengok berapa ratus ribu abdullah bin ubai yang akan sertai PKR...!!!!
Salam Wak.
Cuma satu persoalan. Adakah kemenangan kedua-dua mereka ini bermakna tindakan mereka direstui oleh ahli-ahli PAS? Adakah mereka-mereka yang mengundi Ust. Nasharuddin ini mendapat perkenan ahli-ahli PAS di perigkat Grassroot?
isu yg saje diperbesar2kan..paling penting jatuhkan umno tong najis rasuah..isu perak yg dibuat rampasan secara somalia..integriti bandan kehakiman,polis,sprm..paling penting ubah kerajaan..tu jer..toksah le kelam kabut dgn melaga-lagakan pimpinan pas..umno semakin nazak kini
wah wah wah ...hebat sunggoh dua orang ni yeee...populer sunggoh name ekau berduo yeo..hahhahhahhah...jangan lak esuk2 terkulat2 terlopong lopong dah jadi sesutu yang tak elok...INGAT!!!!kesal dulu sesal kemudian dari sekarang....kalu tak cepat2 buangkan kupiah tu dan serban tu dari kepalo...eden tak relo kita undor balik ye...
Pas jangan leka dgn permainan UMNO yang dah lama dan semakin kekurangan sokongan orang melayu..kalau Pas Kuat,jangan bersama-sama Umno yang dan lama busuk lagi membusukkkan...
Hindarilahhh Umno kuatkan Pakatan Rakyat...sekarang bukan masa untuk tidor lena,leka dalam permainan jahat Umno...Kuatkan Pakatan rakyat..ayuhh
Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Hati mana tak cemburu dengan kedudukkan TG Nik Aziz yang dapat bertahan selama 19 tahun menjadi menteri besar kelantan itulah keluhan hati TG haji Hadi . TG Haji Hadi hanya sempat memegang jawatan menteri besar Terenganu .Beliau dapat memutar belit kepada TG Nik Aziz supaya Jawatan Presiden Pas jangan ditanding kononnya jangan parti terpecah dua . Dengan kepandaian TG Haji Hadi mengikuti langkah Ibrahim Ali dapat menipu TG Nik Aziz dengan mudah .
Kemaruknya TG Haji Hadi untuk menjadi timbalan Perdana Menteri Malaysia ke 7 atau Menteri Besar terengganu akan datang , mulalah berbunga bunga madah supaya semua perwakilan menerima cadangan untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan dengan Ketuanan Melayu iaitu UMNO BN yang terang terang bangga dengan dosa dosa yang tidak pernah dimarah oleh orang2 melayu.
Walau macamana pun kami dari kumpulan TG Nik Aziz akan pastikan pada pilihan Raya yang ke 13 nanti kecundanglah TG Haji Hadi , Ustaz Nasarudin dan kumpulan2 nya yang kemaruk dengan imbuhan duit , jawatan dan projek yang akan di beri oleh UMNO BN jika mereka dapat berjaya ahli2 Pas dapat menerima Kerajaan Perpaduan yang di war war kan .
Salam.. aku ni x sebelah mana2.. tp cuma aku nak tanya klau ada yg boleh tolong jawabkan.. sbb aku masih belum jumpa klau2 ada kenyataan rasmi bahawa UG ataupun kerajaan perpaduan ni memang dah confirm PAS nak terima. atau sebenarnya ni hanya permainan UMNO yg meniupkan angin persengketaan antara ahli2 pas?
aku pun nak bagi nasihat pada ahli2 Pas...awat yang cepat melenting nie..Pas dan UMNO umpama langit dan bumi. tak kan bersatu mcm air dan minyak. hangpa jangan kalut sangat.
Utusan malaysia tu cuma nak tutup isu stadium runtuh, skandal PKFZ dn macam2 kelemahan BN dan umno. kalau hangpa tak caya, esok utusan tanya pulak muhyidin, lusa tanya khairy,pas tu tanya hishamudin, kemudian balik tanya pemimpin pakatan..lagakan PKR,DAP dgn Pas.Isu kjn perpaduan ni boleh lanjut dua tiga bulan dan masa tu rakyat lupa keburukan BN dan UMNO>
Anon 11.37,
betui ka hang kata.
Suruh hadi ngan nasa buat kenyataan kat Harakah ka, internet ka, TV PAS ka.
Baru kitorang percaya.
Kalau dah tau media arus perdana tipu, kenapa tak buat kenyataan di dalam media lain. Bukan kah kita ada pilihan lain selain dari media arus perdana?
Ingin saya ingatkan, cukup kita suarakan pandangan kita agar sampai kepada dua orang itu, HH dan Nasha, bahawa kita TAK NAK kerajan mengarut perpaduan.
Jangan kita berpecah saf kita kerana itulah yang UMNO mahukan, mereka provok habis-habisan untuk pecahkan saf. Jangan give in to their psychological mind game. Enough now that we know for sure who's for the UG and who's not, next time around we cantas cantik-cantik lawa-lawa.
Kemaskan saf untuk ke Manek Urai...tunjukkan kepada TGNA bahawa kita TAK NAK UG (Umno Goons).
-Garden
apalah bengap semua manusia ni... masih tidak dapat memahami... kesian aku tengok manusia yang kononnya ahli PAS. pada pendapat aku antara syarat2 UG ialah :
1. UG akan meletakkan Islam di tempat yang sepatutnya. Undang-Undang dan peraturan yang wujud sebelum merdeka dianggap terbatal selagi ia tidak bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia kecuali hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh Islam.
2. UG akan membuatkan bilangan menteri kabinet mengikut peratusan wakil parti di dalam Parlimen. Ini kerana, ada menteri-mentari yang dilantik oleh Najib hari ini adalah dari orang-orang yang tewas di dalam PRU lalu. Maka, jika ini benar, maka, PKR, DAP dan Pas akan mempunyai peruntukan masing-masing di dalam kabinet.
3. UG akan memperkasakan lagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Seperti yang kita dapat lihat hari ini, SPRM seperti “kereta lembu” untuk menyiasat kes-kes yang berkaitan Umno dan Barisan Nasional, tetapi seperti roket apabila melibatkan kes-kes dari Pakatan Rakyat.
4. UG akan membuatkan perlasanaan pilihanraya yang adil dan saksama. Kita sering merungut bahawa sistem pilihanraya yang ada hari ini terlalu korup. Terlalu banyak loop holes. Malah, calon atau wakil calon tidak dibenarkan untuk melihat perjalanan undi pos. Bukankah banyak kawasan yang dimenangi oleh BN adalah dengan bantuan undi pos?
5. UG akan membuatkan pembahagian kekayaan secara sama rata. Kontrak dan tender kerajaan akan diurus secara telus, tiada lagi istilah “under table”. Tiada lagi kos pembinaan fasiliti kerajaan yang terlalu “over budget”. Dana awam diurus secekap mungkin dan pengkhianat wang negara akan didakwa. Hasil zakat juga diberikan kepada yang benar-benar berhak.
6. UG akan membuatkan sistem kehakiman dan keadilan akan lebih dihormati dan diyakini. Ini kerana, sistem kehakiman negara hari ini dilihat melakukan “pendakwaan terpilih” dan keputusan hakim sering berpihak kepada parti yang memerintah. Malah, dakwaan kedudukan hakim juga telah diatur oleh pihak-pihak tertentu masih lagi tergantung tanpa pendakwaan dan penghakiman.
7. UG akan memberi access yang sama rata untuk Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat untuk memasuki media-media perdana seperti RTM. Ini kerana RTM adalah agensi kerajaan.
8. UG akan memberi kebebasan akhbar kepada semua pihak selagi ianya tidak mengganggu-gugat keselamatan dan kententeraman rakyat dan negara.
9. UG akan menghapuskan ISA. Ini kerana, hak asasi tahanan ISA tidak diberikan dan tidak dibenarkan untuk membela diri mereka. Paling kurang pun, ISA tidak digunakan untuk menahan tahanan politik. Di dalam masa yang sama juga, Akta Hasutan tidak digunakan sewenang-wenangnya.
10. UG akan mengreformasikan pasukan keselamatan negara seperti Polis. Polis akan menjalankan tugas utama mereka iaitu menjaga keselamatan dan kenteraman rakyat serta membenteras jenayah. Polis tidak perlu terlalu sibuk mencampuri hal-hal politik. Kadar jenayah di negara kita semakin meningkat dan terlalu banyak kes yang gagal diselesaikan oleh pasukan Polis. Ini adalah akibat kecelaruan mereka diantara tanggungjawap sebenar polis atau berpolitik.
11. UG akan memartabatkan bahasa Melayu dan bahasa-bahasa ibunda bangsa lain. Menjadikan bahasa ibunda sebagai bahasa perantaraan matapelajaran disekolah-sekolah dan di dalam masa yang sama akan mengukuhkan lagi kurrikulum bahasa Inggeris dan berusaha untuk meningkatkan penguasaan bahasa tersebut dikalangan pelajar sekolah.
12. UG akan sentiasa berusaha untuk memastikan kepentingan agama Islam dan rakyat Malaysia sentisa menjadi keutamaan didalam segala dasar dan tindakkan kerajaan.
Jikalau ini adalah sebahagian tuntutan dan syarat-syarat yang perlu untuk menuntut sebuah Kerajaan Perpaduan seperti yang digembar-gemburkan, maka saya akan menyokongnya.
Adakah Umno akan bersetuju dengan syarat-syarat diatas?
Post a Comment