Tangkap segera jerung along
SAYA rasa muak dan kecewa dengan hangat-hangat tahi ayam pihak berkuasa berkaitan along. Seminggu dua ini pihak yang berkaitan berebut memberi kenyataan ‘akan melakukan itu dan ini’. Namun, kenyataan keras yang dikeluarkan sebenarnya tidak seimbang dengan tindakan yang diambil.
Memang kelihatan di media masa ada tindakan terhadap along yang terbabit tetapi rasanya yang ditangkap itu bertaraf ikan bilis. Di mana ‘jerung along’? Semua pihak mengetahui kegiatan along laksana sebuah organisasi besar? Lihat saja iklan along begitu hebat. Semua pihak tahu iklan itu haram apatah lagi aktiviti yang dijalankan.
Akan senyap dan lenyaplah kisah along selepas ini apabila peristiwa mengurung dan menyeksa peminjam menjadi reda. Kemudian akan panas kembali apabila timbul lagi kejadian mendera peminjam dilaporkan.
Kami meminta badan bebas iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia benar-benar bertindak menyiasat dengan mendalam apa yang berlaku sebenarnya di sebalik kisah along ini.
ISKANDAR HASANI,
Klang, Selangor
dipetik dari Beritaharian
4 comments:
salam wak...isu ni dah beberapa kali jadi panas panas panas...bila berlaku satu kejadian dari ah long..maka semua media cetak media lektronik dan bebagai2 media memberikan ulasan...begitu juga pak menteri222 bersuara berkobar222 nak menghapuskan ah longgggg..ahhhhh semua sat je..lopeh tu sonyap lah..nampak2nyo pada kali ni pon samo juga lah tu...piirraaahhhhh
Salam Wak.
Tak heran di Malaysia ni hangat sesuatu isu bila berbangkit. Selepas bub.. bab.. bub ... bab dengan kenyataan segala jenis manusia akan hilanglah macam kabus dibawa angin.
Tindakan.... sama-sama tahulah kan?
robin,
ramai rakyat malaysia dah sedar tentang budaya cam ni. Alhamdulillah, bukan kita saja.
salam Tuan mountdweller,
di pihak yang sana, tahu kelemahan kita dan sejauh mana kita boleh menyalak.
Kerana tu la benda cam ni terus berlaku. Kesian anak cucu kita.
Post a Comment