Rakan WARTAMAYA

Friday, June 19, 2009

Tak wajar Nasharudin letak jawatan - Harun Taib

KUALA TERENGGANU 18 Jun - Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib menegaskan, beliau tidak nampak Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa melakukan sebarang kesalahan besar dalam isu penubuhan kerajaan perpaduan sehingga beliau perlu meletakkan jawatan.

Beliau juga sependapat dengan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang menyatakan adalah terlalu awal untuk meminta Nasharuddin berbuat demikian.

"Saya tidak nampak apa-apa kesalahan besar yang dilakukan sehingga kini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini. - + selanjutnya
Share/Bookmark

3 comments:

Quantum Metal Consultant June 19, 2009 at 6:32 AM  

Bukan sahaja tak nampak kesalahan besar, boleh dikatakan langsung tak nampak kesalahan dan sebenarnya satu kenyataan yang matang dan bertanggungjawab telah dibuat oleh Nasa, baik dari sudut ugama mahupun dari sudut politik.

Perpaduan Kerajaan atau ertikata sebenarnya bekerjasama dengan UMNO yang menjadi kerajaan akan lebih menguntungkan PAS dari segi jangkapendek dan jangkapanjang. Sokongan akan bertambah dari rakyat dan PAS dapat melaksanakan banyak perjuangan parti sebagai perlaksanaan kerjasama bersama UMNO.

Apa sangat sebenarnya yang ditakutkan Nik Aziz, kalut sungguh orang tua itu mungkin tiupan api hasutan pemuka di kelilingnya - kena tanya Nik Abduh.

Untuk takutkan kepada sejarah kerjasama PAS dan UMNO di masa lalu kenapa tidak digunakan sebagai langkah waspada malahan PAS sebenarnya lebih bersedia kali ini dengan selok belok politik semasa malah mampu pergi lebih jauh dari itu untuk menguasai UMNO dan menjadi parti yang dorminan.

PAS patut gunakan peluang ini dan bukannya takut dengan bayang2 sendiri,

Anonymous,  June 19, 2009 at 6:53 AM  

Nampaknya Kluangman lagi hebat dari TGNA. Lepas ni boleh la Kluangman jadi MB Kelantan.

Anonymous,  June 19, 2009 at 2:43 PM  

Kekuatan PAS harini adalah kerana sebahagian dari PR bukan dari presiden atau individu. Kemunculan PR telah memberi harapan baru kepada rakyat dan menjadi alternatif baru pilihan rakyat untuk menolak umno. Memilih untuk meninggalkan PR adalah pilihan yg kurang matang dan agak gelojoh dalam cita2 kepimpinan. Undi bukan Islam kepada PAS adalah kerana PR, bukan kerana PAS itu sendiri. Usahlah menjadi Kacang lupakan kulit.

Blog list