Shukery Hashim meninggal dunia
KUALA LUMPUR: Pelakon Shukery Hashim, 55, meninggal dunia pada pukul 1.15 petang tadi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras, akibat kanser pankreas yang dialaminya sejak tiga bulan lalu.
Jenazah akan dimandikan dan disembahyangkan di kediamannya di Taman Fairuza, Ampang sebelum disemadikan selepas Asar.
Arwah meninggalkan lima orang anak dan seorang balu, Faridah Md. Desa, 51. - Mstar
0 comments:
Post a Comment