Diskusi : Apakah formula selesai kemelut PAS?
Ramai blogger dan penyokong PAS sudah panik dengan situasi yang berlaku kini. Artikel dan posting dari blogger untuk memujuk penyokong menumpukan pada Pilihanraya Kecil Manek Urai di keluarkan setiap hari, tapi ianya tidak diambil endah. Semuanya akibat karenah kepimpinan baru yang terlanjur kata, perahu tak boleh undur. Tu pasal .. kalau nak bercakap, guna akal. Kalau ghairah sangat .. tu la padahnya.
Ramai yang mahu H1N2 (hadi dan nasa) membuat kenyataan tentang perkara ini. Sedangkan masing masing berharap mereka menafikan niat 'perpaduan' tersebut. Sejauh mana pula kenyataan itu di terima nanti? Ramai akan kata, lidah mereka bercabang sekadar untuk selamatkan Manek Urai. Tak boleh percaya!
Di sini lah kelebihannya TG Nik Aziz. Mengikut pengalaman kita, sedikit kenyataan dari beliau, mampu selesaikan kemelut. Adakah TG mahu campur tangan lagi setelah kenyataan beliau di tolak oleh Nasharudin tempoh hari?
Insiden ini mahu kita semua belajar dan menilai, apakah pengertian 'kepimpinan' itu. Pemimpin bukan sekadar title, tapi juga mesti berkemampuan untuk selesai masalah. Kalau hanya pencetus, tapi tidak mampu meredakan .. buang saja title 'Presiden", tendang saja title "Timbalan". Kalau diberi tugas gantung poster pun dah kira bersyukur.
Apa pandangan anda?
19 comments:
Memang betul. Nasharudin dah buat kenyataan, tapi diorang tak mahu dengar. Sekarang ni rasanya TG je jalan penyelesai. Nampaknya TG juga yang menjadi harapan.
tak baik lawan pemimpin...bertentangan dengan semangat jihad.. takbir!
Mustafa Ali pun lebih sudu dari kuah. Di Selangor, Hassan Ali. Semua ni pandai kacau bilaukan PAS, tapi tak boleh di harap.
Setuju untuk TG Nik Aziz campur tangan.
Ada sesuatu macam kena kecek (pengaruhi). Mungkin mereka terpengaruh dengan pihak lawan.
CARA YANG TERBAIK HADI DAN NASHA TAMPIL KEDEPAN .BUAT KENYATAAN TERBUKA KESILAPAN YANG DIALKUKAN.
POHON MAAF DAN KEMBALI KEPADA NATIJAH PERJUANGAN YANG ASAL.
USAH MIMPI LAGI DENGAN UG.
Berani ke Hadi ngan Nasa nak minta maaf? Jatuh gigi dia nak sebut soly.
Kalau dah sampai ke tahap ini, ucapkanlah salam perpecahan kerana PAS sendiri sudah lari dari perjuangan asal, mereka tidak lagi percaya kepada Tuhan yang menentukan segalanya, mereka lebih usaha, rela dan tergila dengan undi cina dan india.
Nik Aziz sendiri sudah gagal mengawal diri dan emosi, pengaruhnya makin hilang dan mampu dipertikaikan oleh lain lain individu, penat dan uzurnya makan diri.
PAS bagai jong, pecah dan karam di tengah lautan, yu juga yang kenyang..
Perubahan kepimpinan di dalam pas seperti ada yang tidak kena. Komplot gila kuasa antara pemimpin dirancang dengan teliti. Ahli PAS melihat ini dengan jelas. Masing masing bertanya tanya, ada kah virus di dalam UMNO sudah menjangkit di dalam PAS?
Menilai kebijaksanaan ahli PAS, kita lihat pilihanraya Manek Urai. Kalau menang, ianya usaha PAS Kelantan. Kalau tumbang, salah jatuh kepada pro muzakarah.
Kepimpinan PAS sekarang serba salah. Antara hala tuju pihak tertentu dan kejayaan parti.
Manek Urai akan dilihat sejauh mana kebijaksanaan Kepimpinan PAS baru. PAS pula, semakin kukuh atau akan terkubur.
Orang yang bijak dan berjiwa besar ialah yang berani mengakui kesalahan dan bersedia untuk meminta maaf.Ini adalah ujian kepada Presiden dan Tim.Presiden Pas untuk memperlihatkan kebijaksanaan mnereka.
Adakah mereka pencipta masalah atau penyelesai masalah.
Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera semua.
Diharap semua BERTENANG!...bagi menyelamatkan PAS daripada terus merundum.Kita sepatutnye menumpukan kepada pilihanraya kecil d manek urai yg bakal berlangsung,bagi memastikan trend menumbangkan BN/Umno 'continuosly' berlaku.InsyaAllah.
Saya berpendapat berlaku sedikit kekeliruan dan kecelaruran tentang isu "kerajaan Perpaduan" ini.
Untuk menguraikan kekeliruan,kekusutan,kecelaruan ini saya berpendapat..,mari lah sama-sama kita dengar serta diteliti kembali speach/ucapan pergulungan Presiden & Timbalan Presiden Pas di TVPas.com dan pilih tajuk
"PAS terus berunding, bukan masuk Umno"
bagi pendapat saya di sini telah terang,nyata, dan jelas bahawa PAS BUKAN NAK MASUK UMNO!
Diharap semua penyokong Pakatan Rakayat serta ahli Pas serta penyokong Pas,Penyokong Pakatan Rakyat bertenang dan dengar dulu kembali speach/ucapan yang saya bagi tau ni sebelum membuat sebarang tomahan dan juga spekulasi terhadap TG Hj Hadi & Timbalannye..
mane ade PAS masuk UMNO. Kalau PAS masuk UMNO tu dah lain cerita.. bukan seperti itu yang anda fikirkan... Baca penjelasan mengenai kerajaan perpaduan di blog Media Cyber
Salam....
pada pikior teman ler weh kalau diteruskan perpaduan tu alamat akan jadi kepiluan ler jawab nyer... Coba kaji balik..... jangan lupa daratan yang penuh ngan onak dan jangan lupa lautan yang penuh ngan obor-obor.... Yang penting jangan hakiskan kepercayaan dan sokongan dari seluruh pelusuk rakyak malaysia kepada kepimpinan dan perjuangan pas......
GHAIRAH NYER.... Segelintir pemimpin pas......
Sebagai saorang manusia sikap iri hati, demi kepentingan diri dan tamak haloba tidak boleh lari...begitu lah jugak dengan sikap pemimpin PAS yang bercakap tak serupa bikin..mulut kata lain untuk menarik minat penyokong tetapi didalam hati berniat lain..sebenarnya sikap pemimpin PAS sekarang ini sudah sama dengan apa yang berlaku didalam Umno...tengok sahaja keadaan ekonomi para pemimpin PAS sekarang..selain daripada Nik Ajis..kesemua mereka dan hidup mewah..sedar lah wahai pemimpin PAS..pengaruh anuar sekarang ini telah meresap didalam rumah parti mu...jangan jadi seperti umno yang telah diporak peranda oleh anuar yang hanya berjuang untuk diri sendiri.
Sudah la woi pemilik blog ni..Mcm tu jgak blogger2 len..Benti la dr duk bncng benda ni sebab hgpa suma bkn fhm pun apa tu UG..Dan bg yg fhm plak saja2 wat xfhm..Memg skrg ni blogger2 penyumbang kpd perpecahan..Hgpa pnya tlisan dah lbh teruk dr utusan..Mudah termakan dgn fitnah yg melanda n segala provokasi musuh..Aku nk tlis bek2 pn xhingin dah sbb blogger2 byk dah yg kuang ajaq..Kutuk n maki pimpinan ikut sdp mulut..Pas2 duk pelaga ahli bwhan..Buat undian plak mana 1 pmpinan utama pas..Dua2 skali pmpinan pas..Hgpa xpyh lah duk wat peqecahan mcm ni,renti2lah..Berlapang dadalah..Bc sama kenyataan tuan brahim supaya percaya pd pimpinan..Nilai la dgn hati bkn dgn nafsu..Jgn mudah termakan ckp org..Kajilah btol2 akan cdgngan tu..Sudahlah ,apa yg pasti blogger skrg adalah antara faktor pepecahan..Aku yakin,kbykan blogger2 adalah glngn yg hnya pndai mengkritik,skadar mengadap kmputer n mengambil maklumat apa yg ptut termasuklah mklmat yg salah lalu paparkan pd suma org..Sdgkan dr gerak kerja yg lbh tepat n membantu,kurang sgt..Aku xnafi i2 adalah sumbangan juga..Cuma jgnlah kita merasakan yg kitalah sbnarnya penyumbang terbesar..Pimpinan lbh penat dr kita,lbh byk masa terkorban,lbh byk duit hbs..Lbh sgla2nya dr blogger..Blogger2 mgkn berasa besar diri apabila disenaraikan antara faktor kemenangan dahulu kala..Tp skrg nampaknya dah terbalik..Terasa spt bc utusan malah kdg2 lbh teruk..Malangnya apabila blngger2 xthu adab n xjaga btas akhlak dlm penulisan..Ada yg sampai keluar kenyataan nk kuar parti..Dipersilakan..Pas xrugi apa2..Kemenangan i2 dr Allah..Bersama menolak pepecahan n blog2 'plastik'..
saya rasa tajuk 'kemelut' dalam artikel ni perlu ditukar kerana apa yang berlaku bukan kemelut pun.
Ia adalah satu proses demokrasi yg subur dalam PAS. Sebab PAS tak pernah ajar ahlinya jadi 'angguk-angguk, geleng-geleng.'Budaya anggung-geleng ni ada dalam UMNO-BN jer.
Biasalah, perbezaan pendapat tak semesti pertengkaran. Dalam beberapa kes, Nabi juga pernah berselisih pendapat dengan sahabat.
Kemelut tu nampak terlalu buruk dan negatif.
Halim oi
Kalau kurang ajar blogger ambik kira, kurang ajar Nasa buat senyap saje ke?
Aku ingat hang ni pak penakan Nasa kot?
Benda ni lari from topik, tapi aku tak reti nak highlight kat mana...ini bahana dia bila pemerintah sibuk bertelagah pasal parti...hingga operasi teksi diambilalih pendatang warga asing.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0610&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm
Selepas tamatnya muktamar agung PAS hujung minggu lalu, kini timbul persoalan di kalangan pemimpin dan penyokong parti itu tentang pihak yang menaja persidangan itu.
Sumber-sumber memberitahu, 12 pemimpin tertinggi parti itu ditaja penginapan mereka oleh individu yang tidak dikenali, diragui mempunyai kaitan dengan Umno.
Sumber yang lain memberitahu Malaysiakini, bilik sembilan orang pemimpin atasan parti ditaja oleh pihak luar.
Sumber-sumber berkata, pembayaran untuk sewaan bilik di sebuah hotel lima bintang di Shah Alam bagi tempoh tiga hari sejak hari pertama muktamar 5 Jun lalu dibuat atas nama seorang bekas peguam dari Perlis.
Halim tu orang PAS ke? Ntah ntah daftar pun belum.
Pandangan aku buat muktamar khas pecat Hadi dan Nasa..kalau diornag gabung dgn umno no hal..lantak kaulah..tapi jangan gatai perut heret PAS sekali..bagi aku kepimpinan Presiden dan TP adalah paling lemah dalam sejarah PAS..
cth PRU12..PAS gagal tawan Terengganu..tapi menang majoriti 2/3 di Kelantan dan menang di Kedah.. Korang tak rasa pelik ke????
Post a Comment