Sessi rayu merayu kepimpinan PAS
Hahahah .. tu la pasal. Lain kali guna akal sebelum bercakap. Sekarang ni .. shrruuuuuupppppp .... jilat ludah puas puas. Orang dah merajuk, minta di pujuk.
Sebelum ni ... Mustafa Ali (mamat yang cekap kira undi) dah merayu ahli ahli dan penyokong PAS untuk lupakan cerita lama .. wakakak
Petang sikit .. Nasaruddin lak bagi kenyataan ... katanya,
"Apa yang dimaksudkan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ialah PAS tidak menutup ruang perbincangan dengan sesiapa dan tidak pula menyebut hendak membawa PAS kepada Umno dan Barisan Nasional.Ayoyokkkkk ! ... Gua tak tau ... ni semua lu orang punya pasal .. sekarang sudah caca marba. Kalau tak der pilihanraya Manek Urai .. ingat lu orang nak mujuk ke?
"Jadi, akibat daripada kekeliruan kenyataan ini, saya ingin menyebut sebagaimana saya nyatakan dalam ucapan penggulungan Muktamar PAS, PAS tidak pernah mempunyai hasrat untuk membawa PAS kepada Umno dan Barisan Nasional," tegasnya. - harakah.
Gua tak kira ... Kalau PAS kalah kat Manek Urai .. lu orang kena jawab. Ini tak sentuh lagi soal kenyataan Nasa yang kata, kenyataan TG NIk Aziz bukan suarai PArti lagi. Nasa tak sentuh isu ni lagi...
Tunggu .. kita tengok pemimpin PAS berguling guling minta maaf. Tapi ... boleh caya ke?
4 comments:
Isu kerajaan perpaduan yang diwar-warkan oleh TG Haji Hadi bukan sahaja menggemparkan ahli-ahli PAS dan rakan kongsi dalam Pakatan Rakyat tetapi juga penyokong totok UMNO.
Sambutan bukan sahaja tidak menggalakkan dalam PAS tetapi juga UMNO.
Mahathir berpendapat jika orang Melayu bersatu,Cina bersatu dan India bersatu akan berperanglah kita.Inilah ulasan paling bodoh tok dengar daripada mulut tokoh UMNO yang dah 3 kali keluar parti.
Tok tak nak ulas tentang kebodohan Mahathir tetapi terdapat sumber dalam UMNO yang mengatakan ahli-ahli UMNO kuat menolak konsep kerajaan perpaduan ini.Lebih menarik lagi,Muhyiddin Yassin tidak mengulas langsung isu ini.Barangkali bimbang kerana kerusi TPM dan beberapa kerusi kabinet ini akan menjadi pertaruhan dalam kerajaan perpaduan ini.
Ada di kalangan pemimpin UMNO yang mula gusar tentang kedudukan mereka.menambahkan lagi phobia mereka ada maklumat yang diterima rundingan kerajaan perpaduan adalah di antara pimpinan tertinggi PAS dengan kem Pak Lah.Senang cerita,najib tak terlibat langsung.Tidak hairanlah mengapa KJ beria-ia menyokong konsep kerajaan perpaduan ini kerana konsep ini pernah diusahakan oleh bapa mertuanya suatu ketika dulu.
Nampaknya apa yang UMNO harapkan iaitu menyaksikan kejatuhan PAS dan Pakatan Rakyat tak menjadi kenyataan tetapi angin sedang bertiup kencang akan berlaku krisis dalaman dalam UMNO kerana usaha untuk mengulingkan najib sedang giat dijalankan.
Seorang tokoh strategi UMNO dalam analisanya berkata ada 2 cara najib akan dijatuhkan.Pertama kem Pak Lah bekerjasama dengan PAS atau Pakatan Rakyat.Kedua Mahathir bekerjasama dengan Muhyiddin menjatuhkan Najib kerana perkongsian najib dan mahathir ketika ini adalah perkongsian pintar dalam keadaan win win situation.Jika bekerjasama dengan Muhyiddin peluang Mukhriz jadi PM lebih cerah kerana sudah tentu najib akan menyerahkan jawatan PM kepada sepupunya Hishamuddin selepas ini.
Di dalam UMNO sendiri,ramai di kalangan tokohnya secara senyap-senyap mula mempertikaikan kredibiliti najib.Tindakan najib tidak menyaman akhbar-akhbar dan media antarabangsa yang memburukkannya berkaitan isu Altantunya juga menimbulkan keraguan kepada mereka.
TG Haji Hadi dah melepaskan bom jangka ke dalam UMNO.Pergolakan dalam UMNO sudah bermula.Berjaya atau tidak kem Pak Lah dalam menjasakan misi mereka menjadi satu persoalan yang menarik untuk kita semua.
Bila Nasa golongan ulamak dipilih sebagai Timbalan, nyata perwakilan mewakilkan akar umbi telah bersuara dan sekaligus menolak saranan Nik Aziz.
Nik Aziz sendiri kena akur dengan muktamar dan tak perlu berlagak mengatasinya.
Tindakan DAP khususnya mengecam Hadi mewakili suara Anwar yang kecewa dengan kekalahan Husam dan beberapa lagi puak endorgan...PAS sedang diambang perpecahan kerana digocak orang luar.
Ceramah TG Nik Aziz
Tempat : darul hikmah,Kerdau
Pukul :9malam
Malam ini!
MARI KITAAA LIHATTTT!!!!SAPA YANG KENAAAA!!!!!
Post a Comment