Rakan WARTAMAYA

Tuesday, June 9, 2009

Angin kencang di dalam UMNO

Tok Iskandar

Isu kerajaan perpaduan yang diwar-warkan oleh TG Haji Hadi bukan sahaja menggemparkan ahli-ahli PAS dan rakan kongsi dalam Pakatan Rakyat tetapi juga penyokong totok UMNO.
Sambutan bukan sahaja tidak menggalakkan dalam PAS tetapi juga UMNO.

Mahathir berpendapat jika orang Melayu bersatu,Cina bersatu dan India bersatu akan berperanglah kita.Inilah ulasan paling bodoh tok dengar daripada mulut tokoh UMNO yang dah 3 kali keluar parti.
Tok tak nak ulas tentang kebodohan Mahathir tetapi terdapat sumber dalam UMNO yang mengatakan ahli-ahli UMNO kuat menolak konsep kerajaan perpaduan ini.Lebih menarik lagi,Muhyiddin Yassin tidak mengulas langsung isu ini.Barangkali bimbang kerana kerusi TPM dan beberapa kerusi kabinet ini akan menjadi pertaruhan dalam kerajaan perpaduan ini.

Ada di kalangan pemimpin UMNO yang mula gusar tentang kedudukan mereka.menambahkan lagi phobia mereka ada maklumat yang diterima rundingan kerajaan perpaduan adalah di antara pimpinan tertinggi PAS dengan kem Pak Lah.Senang cerita,najib tak terlibat langsung.Tidak hairanlah mengapa KJ beria-ia menyokong konsep kerajaan perpaduan ini kerana konsep ini pernah diusahakan oleh bapa mertuanya suatu ketika dulu.

Nampaknya apa yang UMNO harapkan iaitu menyaksikan kejatuhan PAS dan Pakatan Rakyat tak menjadi kenyataan tetapi angin sedang bertiup kencang akan berlaku krisis dalaman dalam UMNO kerana usaha untuk mengulingkan najib sedang giat dijalankan.

Seorang tokoh strategi UMNO dalam analisanya berkata ada 2 cara najib akan dijatuhkan.Pertama kem Pak Lah bekerjasama dengan PAS atau Pakatan Rakyat.Kedua Mahathir bekerjasama dengan Muhyiddin menjatuhkan Najib kerana perkongsian najib dan mahathir ketika ini adalah perkongsian pintar dalam keadaan win win situation.Jika bekerjasama dengan Muhyiddin peluang Mukhriz jadi PM lebih cerah kerana sudah tentu najib akan menyerahkan jawatan PM kepada sepupunya Hishamuddin selepas ini.

Di dalam UMNO sendiri,ramai di kalangan tokohnya secara senyap-senyap mula mempertikaikan kredibiliti najib.Tindakan najib tidak menyaman akhbar-akhbar dan media antarabangsa yang memburukkannya berkaitan isu Altantunya juga menimbulkan keraguan kepada mereka.

TG Haji Hadi dah melepaskan bom jangka ke dalam UMNO.Pergolakan dalam UMNO sudah bermula.Berjaya atau tidak kem Pak Lah dalam menjasakan misi mereka menjadi satu persoalan yang menarik untuk kita semua.
Share/Bookmark

6 comments:

Quantum Metal Consultant June 9, 2009 at 6:59 PM  

Orang UMNO tidaklah sebodoh orang PAS tajaan DAP/PKR untuk 'berangin' dengan kerajaan perpaduan yang disarankan Hadi Awang. Mereka melihat ianya masih jauh dan banyak positif dari negatifnya. Mereka kurang mengambiol 'pot' kerana masih banyak isu dalaman UMNO yang lebih menarik untuk diperkatakan.

Berbanding dengan orang PAS tajaan ( atau meminjam kata Penarik Beca - 'barua' ) kepada DAP/PKR, nyata golongan ini kecewa dan panik dengan kemenangan Nasa.

Aspirasi June 9, 2009 at 7:40 PM  

UMNO juga tidaklah sejahat PAS yang menghina ulama mereka... dan presiden mereka.. dan tok guru mereka...

Unknown June 9, 2009 at 8:11 PM  

Salam Wak.

Pokoknya adakah salam yang dihulur PAS bersambut secara prinsipnya oleh UMNO. Atau hidung penyet pipi pula yang tinggi?

wakwarta,  June 9, 2009 at 8:34 PM  

Salam Tuan Mountdweller,
Hidung Penyet, pipi meninggi, tangan juga tersimpul.

Awas .. !

tok iskandar June 9, 2009 at 9:11 PM  

Sebenarnya dah lama orang UMNO hidup dalam kebodohan.itu x campur dengan suka makan suap

KARIPOP,  June 9, 2009 at 11:26 PM  

pok amai amai belalang kupu kupu tepok prest/tim prest pandai nanti boleh upah susu...... susu lemak manis santan kelapa muda ......HH/NASA jangan nangis ramai orang dah tak suka......yahoooooooooooooooooooo

Blog list