Rakan WARTAMAYA

Sunday, June 14, 2009

Membelakangi nasihat mursyidul am...

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dilaporkan berkata pihak yang berkeras menyokong cadangan kerajaan perpaduan sebagai tidak mendengar nasihat dan cuba membelakangkan kuasa beliau sebagai Mursyidul Am PAS.

"Bagaimanapun sebagai pemimpin parti, saya akan terus menasihatkan ahli, walaupun ada yang tidak mendengarnya," katanya dalam laporan Bernama.

"Isteri boleh jadi buat salah kepada suami, dan suami boleh jadi buat salah kepada isteri, anak boleh jadi buat salah kepada ibu bapa. Begitu jugalah dalam politik," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew, di pejabatnya di Kota Darulnaim, di Kota Bharu hari ini.

Katanya, beliau tetap dengan pendiriannya bahawa mereka yang mempertahankan idea pembentukan kerajaan perpaduan seperti yang disarankan presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai “boneka Umno”. - lagi di malaysiakini
Share/Bookmark

1 comments:

Anonymous,  June 14, 2009 at 7:39 PM  

Khabarnya, perbincangan kerajaan perpaduan dengan puak UMNO ni dah bermula selepas PRU12 lagi.
Saya jangka kedua pemimpin tertinggi PAS pun dah merasai yang UMNO ni jenis tak boleh buat kawan.
Buktinya, jika selepas perbincangan pun dok rampas kerajaan PR di Perak, di ketuai Najib sendiri, maka kesimpulan paling mudah, STOP apa juga perbincangan dengan puak gila babi ni.
UMNO sedang lemas sekarang, jadi apa saja yang dapat di capai, hatta sabut sekalipun pasti di pautnya.
Kita yang sedang mendapat kepercayaan Rakyat Malaysia sepatutnya benamkan terus UMNO. Biar batu nisannya pun tak ada.

Blog list