Diskusi : Apa soalan untuk REFORMIS?
Nampaknya usaha untuk mengenal dan berkongsi perasaan dengan para reformis mendapat sambutan. Tak nafikan .. ada yang masih malu malu untuk mengenalkan diri masing masing.
Tak per ... kita faham
Di sini kita bersoal jawab dengan para reformis dan mungkin masih antara mereka yang masih gemar menggunakan Anonymous sebagai pengenalan diri.
Soalan untuk pelayar yang budiman ...
" Sekiranya anda bertemu dengan para reformis ... apakah soalan yang akan anda tanya pada mereka?"
Sila cadangkan soalan di dalam ruangan komen di bawah.
16 comments:
Soalannya yea... bang...
Sebagai seorang Reformis..., anda dah makan belum?
soalan,
adakah anda kecewa pengorbanan anda tidak mendapat ganjaran setimpal?
apakah itu reformis dianggap sebagai pejuang?
Apa pendapat anda tentang pemerintahan PR di Selangor?
Ok atau tak OK?
wak buat undian wak?(poll)
Prestasi PR di Selangor, terutama MB dari sudut politik, rakyat dan masadepan.
Sdr Radenjowo, andai dapat buat satu "poll" , pandangan ramai terhadap kepimpinan MB selangor baik dalam politik dan pentadbiran.
Pandangan anak selangor terhadap kepimpinan MB Selangor sekarang?
1) Terbaik.
2) Baik, perlu beberapa penambahbaikan
3) Lemah, banyak kelemahan perlu diperhatikan.
4) Buruk
Bang, aku kadang2 naik menyampah la dengan sikap konon reformis ni, ntah ape yg di reform pun aku tak tau, bukan ape, sebok nak pangkah mb selangor, bn la, kutu umno la, korang xdapat projok xpayah la nak melalk macam anjing, ada sesetengah tu sampai buat siri plak ttg kelemahan mb khalid, sial je, ko berjuang dahla nak kontrak, same macam umno, ini remind keras aku kat reformis - reformis ni , sudah la fedap dowh, xpayah la nak berjuang kalau harap dua tiga sain utk kontrak, same je mcm umno. chawos.....
lebih dari separuh yang menyokong ahli politik adalah mereka yang mahukan kontrak. tak kira parti apa. reformis tak terkecuali.
untuk salahkan reformis saja tidak patut, tak reformis pun sama jugak. dan ada antara reformis yang tak mahu kontrak pun. mereka mahukan keadilan.
sekarang ni berapa ramai reformis yang dapat kontrak? berapa ramai penyokong dan pemimpin PAS sendiri yang dapat kontrak? berapa ramai ahli umno yang sibuk nak kontrak?
jadi jangan tuduh reformis sebagai golongan yang teruk kerana ramai lagi yang teruk selain dari reformis.
soalan.
1. Ada kah reformis gembira atau sebaliknya dengan pemerintahan PR di Selangor?
2. Berapa ramai reformis yang berjaya pegang jawatan di dalam Kerajaan Selangor?
3. Benarkah reformis berjuang kerana kontrak atau kerana perjuangan tulen?
Terima kaseh.
Kenangan Reformasi 1998 di http://pulakdah.blogspot.com/2009/06/kenangan-reformis-muda.html
wak ape reformis2 ni? bosan la wak..
update la yg lain, lawak2 ke, ape ke...bosan topic reformis2 ni...kusut la...
tau..tau..wakk..tau...!!
ekekekekeke
Disetiap perubahan bermula dengan reformis, orang yang membenci reformis atau dengan pelbagai andaian mereka, mereka sebenar tidak faham.
Reformis dilabel itu dan ini, tidak mengapa, reformis dilabel pencari projek tidak mengapa. Tetapi bila musim pilihanraya yang nampak muka, muka reformis juga diharapkan kenapa?.
Apa perlunya projek? Apa kesan projek diperolehi oleh bukan yang pro PR? Yang jadi bila mereka dapat projek zaman PR mereka akan sabotaj, mereka akan menguatkan kubu, dan kembali menyerang kita. Apa salahnya menyerahkan projek kepada yang layak. Kenapa mereka yang layak, bila dilabel pro PR ditolak?. Tahukah nasib mereka ini zaman UMNO /BN? Sekarang ini ada penyokong PR yang sudah gulung tikar, zaman BN dapat juga mereka kerja walau berbagi dengan yang lain. Tetapi zaman PR langsung tak boleh cari makan.
Yang tidak pernah buat kerja cari kerja jangan cakaplah. Saya pembangkang dulu lebih senang cari kerja dari kerajaan UMNO BN dari cari kerja zaman PR. Padahal kami pendokong parti. Dulu zaman sebelum ini, ramai orang yang kerajaan, guru, orang kampong pun , tidak mahu pegang jawatan konon alasan cari makan, takut kena buang kerja dll..Puak reformis inilah yang keras kepala yang sanggup jadi pak sanggup.
Jangan hina reformis. Jangan hina kami sebagai pencari projek, kami rasa terhina dengan labelan itu. Kami boleh hiduplah tanpa projek kerajaan tu. Kami lagi kuat semangat dari mereka hanya pandai cakap berjuang, hampeh duit Rm10 pun susah nak keluar untuk parti.
Puak reformislah yang bergadai bergolok, tahukah anda macam balik 3 4 pagi, tidak tahu anak isteri makan ke tidak kerana kerja untuk parti. Menyediakan pentas ceramah, hadir road show ceramah keliling malaysia.
Merasalah anda dikejar, dibalon baton FRU, berarak ditengah bandar KL, main nyorok nyorok dengan polis SB dan FRU?.
Jangan hina reformis, kalau pengecut duduk kat rumah gantung telur baik jadi pondan.
Kami bukan mahu balasan, tapi kami dihormati. Namun ramai yang tahu jaga harga diri, pergi secara senyap, walau orang tidak kenal tapi jasa mereka kearah perubahan amat besar.
Zaman nabi pun ada reformis. Jangan samakan kami reformis yang kaki bogel ke apa. Kamilah kaki perang yang sanggup perang jika dikerah.
Harap perang dalam hati aje boleh blah lah...
Jasa reformis, zaman reformasi (original) cukup besar dari 1998 hingga kini golongan inilah yang membuakkan semua jenis perjuangan yang seterusnya.
Jangan lupa, tanpa mula tiada kini dan akhirannya.
Yang dok kutuk reformis bila dah menang inilah baru nak berani pakai T-shirt, cap, sticker, logo PR, sebelum ini hampehhhh...takuttttt..
Baru inilah nak pegang jawatan, dulu takut kena buang kerjalah, sedara katalah, bisneslah. macam macam alasan.
Keluar topik...........
TPM,Muhyiddin kata nak import guru dari luar negara untuk mengajar BI.Muhyiddin x penasihat ke sehingga memberikan idea yang memalukan.Impaknya ramai yang meraguinya sebagai menteri pelajaran.
import guru ketika ekonomi meleset dan mengabaikan anak tempatan yang masih ramai menganggur.
Hari tu muhyiddin nak kurangkan subjek SPM kepada 10 aje.Itu satu lagi idea yang sangat memalukan daripada seorang menteri pelajaran.
warga pendidik tentu rasa terhina dengan kenyataan muhyiddin ini.dapat lagi satu isu untuk PRK Mane Urai
Pesuruhjaya Tinggi British telah mula bersuara mendesak DUN Perak dibubarkan dan pilihanraya diadakan di Perak.
Bagi mereka yang dangkal fikirannya,kenyataan pesuruhjaya tinggi British ini sebagai keterlaluan,celupar dan cuba mencampuri urusan negara lain.
Bagi mereka yang rasional,kenyataan ini bakal merudumkan lagi ekonomi negara dan keraguan akan timbul sehingga pelabur asing menarik diri melabur di negara ini.
Kenapa pemimpin UMNO sekarang tidak berfikir dahulu sebelum bertindak dan akibatnya kesilapan yang dilakukan sukar untuk diperbaiki.Inilah pandangan majoriti rakyat Malaysia.Kegilaan dan kerakusan terhadap kuasa menjadikan pemimpin UMNO mula lupa diri dan hilang akal.
Ramai rakyat Malaysia sudah mula mempersoalkan kredibiliti Muhyiddin sebagai Menteri Pelajaran.
Kenyataan beliau agar subjek SPM dikurangkan kepada 10 dan nak import guru BI menjadi bahan gelak ketawa warga pendidik.Apakah hanya ini sahaja masalah besar di dalam kementerian pelajaran.
Ketika negara menghadapi kegawatan ekonomi dan masalah pengangguran yang semakin meningkat,Muhyiddin tergamak mengeluarkan kenyataan nak import guru BI.
Ini bukan sahaja merendah-rendahkan kebolehan para guru tetapi juga menidakkan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.
Pembangkang sekali lagi mendapat political mileage untuk berkempen di Manek Urai.
Masalah besar Kementerian Pelajaran bukan sahaja berkisar kepada isu PPSMI tetapi juga reformasi menyeluruh perlu dilakukan terhadap kementerian pelajaran dari peringkat sekolah hinggalah ke peringkat kementerian kerana sebahagian daripada mereka ini menerima kenaikan pangkat kerana menjadi ahli UMNO atau penyokong kuat UMNO sedangkan kebolehan dan prestasi macam hampas.
Inilah yang perlu dititikberatkan oleh menteri pelajaran yang juga TPM.Jika TPM boleh keluarkan kenyataan yang tidak sensitif dan prihatin terhadap nasib rakyat,apa lagi perlunya UMNO kepada mereka.
Lain kali fikirlah dulu sebelum berkata-kata.Kelak diri sendiri yang akan mendapat malu
Hari ni masuk hari ke 2,MP mengundi akta dna 2008.Keputusannya 99 MP BN menyokong dan 57 MP PR menentang beberapa seksyan yang terdapat dalam akta ini.
Memang tidak dinafikan kalau semua 82 MP PR hadir,akta ini akan tetap diluluskan tapi kehadiran hanya 57 MP PR amatlah mengecewakan.
Eloklah nama-nama MP PR yang tidak hadir itu dipaparkan di blog-blog pro PR dan mereka perlu memberikan alasan yang munasabah mengapa tidak dapat hadir.Jika gagal,eloklah kita cari calon baru untuk PR pada PRU akan datang.
Akta DNA 2008 sangat penting bukan sahaja pada Anwar yang akan menghadapi perbicaraan pada 8 julai depan tetapi kepada kita semua agar sebarang unsur penganiayaan atau salahgunakuasa dalam akta ini dapat ditolak.
sangatlah mengecewakan jika ada MP PR tidak hadir tanpa alasan yang munasabah.sudah sampai masanya PR mempunyai sekratariatnya sendiri.Apakah usaha yang dilakukan oleh PR untuk menarik 2 MP bebas ke dalam PR setakat ini?
PR perlu agresif dan kreatif bagi mendominasi BN dalam segala aspek dan ini akan meyakinkan rakyat untuk menerima PR sebagai alternatif kepada BN
ada sumber dalam umno memberitahu antara sebab umno ghairah membentuk kerajaan perpaduan dengan PAS kerana DUN Perak bakal dibubarkan tidak berapa lama lagi.
najib terpaksa berbuat demikian kerana desakan pelabur asing yang ingin melihat kestabilan politik terlebih dahulu sebelum berhasrat untuk melabur di negara ni.
sibuklah one malaysian dan timbalannya two malaysian ke sana ke mari untuk menonjolkan imej bersih umno.
apabila PR menolak idea yang akan menguntungkan umno ini,najib sangat kecewa yang amat sangat.keesokan harinya akta dna 2008 dibentangkan di parlimen.apakah satu kebetulan atau bertujuan untuk menghukum anwar yang akan menghadapi perbicaraan di mahkamah pada 8 julai terpulanglah kepada rakyat untuk menghakiminya.
seorang penganalisis politik meramalkan anwal bakal di penjarakan dan gerakan reformasi akan memasuki fasa kedua.kali ini umno dan BN akan tumbang dek kebangkitan rakyat yang tidak kunjung padam.
one malaysian akan tinggal kenangan.two malaysian pula tak boleh berangan nak jadi one malaysian.rakyat bertepuk tangan kerana sandiwara umno telah tamat.
Post a Comment