Rakan WARTAMAYA

Thursday, June 25, 2009

Reformis : Tiada mula, tiada akhirnya

Komen di hantar oleh Anon ...

Disetiap perubahan bermula dengan reformis, orang yang membenci reformis atau dengan pelbagai andaian mereka, mereka sebenar tidak faham.

Reformis dilabel itu dan ini, tidak mengapa, reformis dilabel pencari projek tidak mengapa. Tetapi bila musim pilihanraya yang nampak muka, muka reformis juga diharapkan kenapa?.

Apa perlunya projek? Apa kesan projek diperolehi oleh bukan yang pro PR? Yang jadi bila mereka dapat projek zaman PR mereka akan sabotaj, mereka akan menguatkan kubu, dan kembali menyerang kita. Apa salahnya menyerahkan projek kepada yang layak. Kenapa mereka yang layak, bila dilabel pro PR ditolak?. Tahukah nasib mereka ini zaman UMNO /BN? Sekarang ini ada penyokong PR yang sudah gulung tikar, zaman BN dapat juga mereka kerja walau berbagi dengan yang lain. Tetapi zaman PR langsung tak boleh cari makan.

Yang tidak pernah buat kerja cari kerja jangan cakaplah. Saya pembangkang dulu lebih senang cari kerja dari kerajaan UMNO BN dari cari kerja zaman PR. Padahal kami pendokong parti. Dulu zaman sebelum ini, ramai orang yang kerajaan, guru, orang kampong pun , tidak mahu pegang jawatan konon alasan cari makan, takut kena buang kerja dll..Puak reformis inilah yang keras kepala yang sanggup jadi pak sanggup.

Jangan hina reformis. Jangan hina kami sebagai pencari projek, kami rasa terhina dengan labelan itu. Kami boleh hiduplah tanpa projek kerajaan tu. Kami lagi kuat semangat dari mereka hanya pandai cakap berjuang, hampeh duit Rm10 pun susah nak keluar untuk parti.

Puak reformislah yang bergadai bergolok, tahukah anda macam balik 3 4 pagi, tidak tahu anak isteri makan ke tidak kerana kerja untuk parti. Menyediakan pentas ceramah, hadir road show ceramah keliling malaysia.

Merasalah anda dikejar, dibalon baton FRU, berarak ditengah bandar KL, main nyorok nyorok dengan polis SB dan FRU?.

Jangan hina reformis, kalau pengecut duduk kat rumah gantung telur baik jadi pondan.

Kami bukan mahu balasan, tapi kami dihormati. Namun ramai yang tahu jaga harga diri, pergi secara senyap, walau orang tidak kenal tapi jasa mereka kearah perubahan amat besar.

Zaman nabi pun ada reformis. Jangan samakan kami reformis yang kaki bogel ke apa. Kamilah kaki perang yang sanggup perang jika dikerah.

Harap perang dalam hati aje boleh blah lah...

Jasa reformis, zaman reformasi (original) cukup besar dari 1998 hingga kini golongan inilah yang membuakkan semua jenis perjuangan yang seterusnya.

Jangan lupa, tanpa mula tiada kini dan akhirannya.

wartamaya - Antara reformis dan ahli politik
bezanya ...
1) Berjuang dulu .... kemungkinan untuk jawatan dan imbuhan
2) Jawatan dulu .... kemungkinan untuk perjuangan dan keadilan.
Ramai yang pilih yang ke 2 rupanya .. maka ramai lah yang ambil kesempatan melalui satu satu kejayaan itu.
Share/Bookmark

22 comments:

Anonymous,  June 25, 2009 at 8:44 AM  

walaupun kemungkinan reformis di tipu oleh pemimpin politik, tapi saya cukup tabik dengan reformis kerana perjuangan mereka.

Sanggup berdepan dengan risiko serta bergolok bergadai.

Tinggal pemimpin perlu menilai sumbangan mereka kepada perubahan politik tanah air.

Rasanya ada pemimpin PR sendiri mahu menutup jasa jasa mereka dari di nilaikan lebih dari pengorbanan seorang pemimpin. Kasihan.

Anonymous,  June 25, 2009 at 9:21 AM  

Terbaik
110 (17%)

Baik .. perlu penambah baikkan
437 (68%)

Lemah .. perlu di perhatikan
62 (9%)

Buruk .. hancus !
30 (4%)

Ulasan sedikit poll ini. Nampak peratus tertinggi melihat TSKI seorang yang berprestasi baik, namun mereka tidak mengakui semuanya kerana option itu ada ayat pembaikan. Mereka ini generasi ikutan saja. Memang.

Yang memilih terbaik, mereka adalah yang tidak pernah mengkaji. Melihat mahupun mendekati secara personal, Ini bukan masalah peribadi kita letak tepi. Tetapi sebagai pemimpin peribadi juga penting.

Yang 9% itu saya yakin akan keikhlasan mereka, malah yang akhir mungkin ada sebab tertentu mereka menolak kepimpinan TSKI.

Kenapa?. Bertindak membantu UMNO tidak akan kemana, mereka seperti anjing tersepit. Lihat nada kekesalan yang ditunjukkan di Perak. Jika diSelangor menang 2 3 kerusi sudah lama bungkus.

Kelemahan ditambah dengan kesilapan, demi kesilapan. Bila pemimpin politik selalu memikirkan "people" sebab semua adalah rakyat. Tetapi rakyat mana yang perlu didahulukan?.

Anda mungkin hairan, TSKI buat itu dan ini, menunaikan manifesto yang menjulang nama Selangor. Siapa yang mendraftkan manifesto itu perlu ditanya. Siapa yang merangkanya dan kenapa ia dibuat begitu?. Dari bayi kecil sampai lubang kubur?. Tanpa kerangka itu TSKI tidak kemana, walau dia pandai di PNSB dan Guthrie. UNISEL, PKNS, PKPS, dan GLS lain masih sama diisi oleh hantu hantu UMNO didalam. Mereka tahu menghabiskan duit rakyat saja, Sambutan 10 tahun UNISEL saja, lihat kameja korporat percuma semata mata sambutan itu kepada semua kakitangan UNISEL, jika satu mencecah RM100 berapa belanja semua.?

Walau sekarang ada perubahan sedikit, namun atas bisikan suara suara kecil inilah.

Hakikatnya, ada golongan yang masih melihat prestasinya masih tidak menepati kehendak semasa. Pertama orang politik yang membawa aspirasi perubahan ditinggalkan. Orang politik bukan mahu imbuhan atau projek jangan main sembrono. Kita perlu sokongan dan bantuan untuk memastikan kemenangan ini berterusan. Kedua golongan peniaga atau usahawan. Mereka sentiasa dilabel tidak kompetent walau mereka sudah berniaga puluhan tahun.Jika tidak kompetent 2 3 tahun dan bungkus dalam berniaga ini dan jika tidak mahu harapkan kerja kerajaan mereka pun tidak mati.

Seperkara lagi keperhatinan terhadap Islam Melayu di Selangor. Nilai nilai Islam di Selangor masih kabur. kakitangan awam masih berkhidmat seperti zaman UMNO dulu.

Banyak lagi, tetapi bila terlampau lampau orang mengata itu dan ini, tetapi jika untuk kebaikan dan jujur ikhlas mengatakannya sepatutnya mendapat galakan.

Saya yakin ada pimpinan yang lebih baik dari itu. Carilah.

Anonymous,  June 25, 2009 at 10:03 AM  

Nak tau samada Khalid hebat atau tidak, adalah minta dia jawab, berapa untung dari hasil jual pasir negeri Selangor.

Dulu dia anggarkan RM200 juta setahun, kemudian menurun kepada RM50 juta setahun dan sekarang berapa agaknya?

Soalan ini tidak ada siapa yang tanya , dan tiada siapa yang jawab.

Dalam soal poll, ramai yang mengundi adalah mereka yang membandingkan dia dengan Khir Toyo. Kalau mereka yang terlibat secara dekat, tentu mereka akan merungut di belakang. Kalau cakap secara terbuka, takut di katakan berjuang kerana imbuhan. Jadi terpaksa teruskan usaha walaupun makan hati.

Tidak percaya, selidik YB YB yang dekat dengannya atau orang orang politik tempatan.

Anonymous,  June 25, 2009 at 10:06 AM  

Mahu tau kecewa tau tidak para reformis dengan Anwar Ibrahim, kita tunggu takdir kalau sekiranya Anwar di penjarakan lagi. Adakah mereka akan berkumpul seperti tahun 1998 dulu atau sebaliknya.

Kalau itu lah yang berlaku, kita tengok pula berapa ramai YB YB yang akan turun padang. Jangan jadi seperti undian usul DNA di Parlimen yang menunjukkan YB YB tidak sepakat di dalam menentang usul tersebut.

Taro,  June 25, 2009 at 10:07 AM  

Anwar sudah hilang taring. Dia sendiri ketepikan reformis. Dia sendiri tidak ambil berat soal penyokong penyokong nya. Pentingkan diri sendiri.

Anonymous,  June 25, 2009 at 10:10 AM  

Komen sikit wak.

Beza antara reformis dan ahli politik
1) Berjuang dulu .... untuk imbuhan (mungkin atau tidak dapat)
2) Jawatan dulu .... berjuang (mungkin atau langsung tidak ada)

Ahli politik bijak guna kesempatan mencelah ketika pada waktunya. Reformis berjuang membabi buta, tapi sedar diri di tipu oleh pemimpin.

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ June 25, 2009 at 10:11 AM  

Reformasi...reformasi...reformasi..
laungan keramat yg bermula kes anwar hingga jatuhnya mahathir...jatuhnya pak lah dan kini najib..laungan reformasi masih bergema...tiada kesudahan...jangan pandang hina pada reformis..era 98 kenapa rakyat sanggup turun ke jalanan ambil risiko...saya reformis dan juga terlibat dalam parti...saya tahu memang ada segelintir pimpinan pkr yg ada dah sampai bergelar YB yg tak senang dengan golongan reformis ini...sebab pkr ada 3 golongan besar 1) era reformis 98 2) era selepas anwar bebas 3) era selepas kita tawan 5 negeri... yg tak senang dgn reformis adalah golongan 2...mereka pernah sebut reformis hanya kacau ketenteraman awam..suka buat huru hara...tak dak disiplin...padahal mereka lupa inilah jasa reformis yg hari ini mereka bergelar YB...hari ini semuanya nak kira kelulusan...nak ambik jawatan semuanya nak kira kelulusan...apakah dengan ada kelulusan tinggi mereka ini faham dan boleh diharapkan membela nasib rakyat... bukan soal jawatan yg kita pertikaikan tapi soal cara dan persepsi segelintir pimpinan pkr terhadap reformis....ingatlah reformis pun ada tahap kesabarannya...

RJ,  June 25, 2009 at 10:26 AM  

Salam semua

Pada PRU 12 yang lalu kita di hadiahkan dengan satu kemenangan yang tidak disangka oleh semua pihak, apabila memang pakat-pakat dabik dada"I AM THE BEST IN KEDAH". Bermula dari hari kemenangan PR KHUSUSNYA DI KEDAH telah menjalankan tugas yang diamanahkan kepada mereka. Ketika kempen orang yang bersusah payah semestinya jentera di bawah, yang dok kena maki, yang dok kena buat keja, yang dok pasang bendera, yang dok lekat poster calon dan lain-lain lagi. Semua kerja tersebut diamanahkan kepada orang bawah dan juga anak muda yang bersemangat. Anak muda bersemangat apabila mereka terlalu benci akan UMNO DAN BARISAN NASIONAL. Maka anak muda sanggup buat apa sahaja asalkan calon mereka menang. Orang seperti anak muda hanya inginkan kemenangan yang boleh dijadikan sebagai penglaman hidup, anak muda yang menyokong PR semestinya ingin melihat BN dan UMNO berkubur hasil daripada kerja kuat mereka. Mereka ini inginkan jiwa dan roh semangat mereka dimasukkan di dalam lipatan sejarah antara individu yang menjahanamkan UMNO dan BARISAN NASIONAL.

Apabila seseorang itu menang di dalam pilihanraya, beliau mesti mengucapkan terima kasih kepada jentera di bawah, bukan kepada jentera yang makan angin tetapi jentera yang bekerja bersungguh-sungguh untuk memenangkan calon mereka. Tetapi ada sesetngah calon yang menang terus jadi bangga diri dan lupa orang di bawah yang bekerja untuk mereka. Ini yang dinamakan kedekut untuk berterima kasih, sebagai contoh seorang calon telah memenagi PRK di kedah langsung tidak mengucapkan terima kasih kepada orang di sekeliling beliau mahupun pimpinan parti. Baru menang dah tunjuk belang, ceramah pun kadang-kadang melalut ke lain, ceramah jadi macam tempat berleter. Nak mintak sumbangan kepada parti? emmmm susah nak cakap. Sebelum jadi calon wah cakap macam obama, lepas menang semua jadi bahana. Kita perlu ingat bahawa setiap apa yang kita kecapi hari ini bukan bermakna kita boleh dapat kecapi selamanya.

Dalam pada itu saya rasakan bahawa MP PKR atau ADUN PKR di kedah ini adakalanya kedekut. Kedekut maksudnya tidak membantu PARTI SENDIRI atau pun sumbangan untuk sesuatu program. Bukan semua MP PKR KEDAH dan ADUN PKR KEDEKUT tetapi ada segelintir yang kedekut tahap melampau sehinggakan naik meluat. Ada yang dah jadi EXCO pendapatan 17 RIBU SEBULAN, tetapi untuk PARTI YEELLLLEEEEEKKKKKK. Nak bantu organisasi parti jauh lagi la. Ada exco yang masih muda tetapi sumbangan kepada pemuda tak da jugak, sebelum jadi YB ada tetapi bila JADI YB habuk pun tak dak. Nak tolong kawan-kawan? Tolong kawan yang tolong lobi ada la. Janganlah kita terlalu berkira di dalam membantu parti dan kawan-kawan dalam perjungan yang belum selesai ini. Janganlah dirasakan kerusi empok yang anda duduk itu tak akan hilang dalam sekelip mata. Beringatlah kepada orang bawah yang memerlukan bantuan anda, jangalah membawa budaya kedekut di dalam PKR KEDAH.

Ingatan kepada MP PKR KEDAH mahupun ADUN PKR KEDAH usahlah terlalu berkira untuk memberi sumbangan UNTUK membantu parti. Jangan menganggap yang meminta itu pengemis. - marhaendaily

Hamid June 25, 2009 at 12:39 PM  

ahhhh...

bosannya reformis2...

x abes2...

orang tua2 sangat...sy org muda x tertarik dgn topic ni...

sorry...!!!!

wakakakakakaka!!!

Anonymous,  June 25, 2009 at 1:25 PM  

Orang muda yang lupa daratan....begitulah. Lupa sejarah..lupa jati diri...

Baca sajak ini dan fahami..
Si Toni dicabut kupingnya satu yang kanan,
maka suara masuk kuping kiri tembus ke otak
dikirim balik dan jatuh di kuping kiri lagi,
Si Toni dipotong tangannya satu yang kanan,
maka dia belajar menulis dengan tangan kiri
Si Toni diambil satu matanya yang kanan,
maka airmatanya tetes ke sebelah kiri
Si Toni dipetik jantungnya lewat rongga kanan,
tapi gagal karena jantungnya itu mengelak ke kiri
Si Toni dipotong ginjalnya satu yang kanan,
tak gagal karena sesuai secara faali
Si Toni diambil kakinya satu yang kanan,
maka ia main bola cuma dengan kaki kiri
Lama-lama Si Toni jadi kidal
Kupingnya yang bisa dengar kuping kiri
Tangannya yang main gitar tangan kiri
Airmatanya menetes di mat kiri
Ginjalnya menyaring di sebelah kiri
Dia tendang bola dengan kaki kiri
Lama-lama Si Toni ingin kerja,
cita-citanya lumayan sederhana
dia mau jadi sopir saja
Tapi tak ada lowongan baginya,
karena kendaraan setir kanan semua
"Hai tunggu dulu,
Toni ini anak sayakah, atau anak saudaraka?
Atau barangkali kemenakan kita"?
Keadaan ini memang aneh………
Sore ini jam empat tempat
Dengarlah dia sedang mengocok gitarnya,
dengan cara anak muda bergaya kidal
Dan itu bukan suara gerimis, bukan….
Itu airmatanya …………
memukul-mukul lantai beranda…..
Taufik Ismail 1977,

Hamid June 25, 2009 at 3:09 PM  

apakah sajak itu?

haiyooo...!!!mukul2,toni2, moni2..malas bace!!...aduihhh..kaco fikiran aku...

hmm..besok nak shoping kasut bola la...

lalalalla...

wakakakakaka....!!!

wak, cerita lain la wak...yg best2...Hidup pakatan Rakyat..!!!

Anonymous,  June 25, 2009 at 4:01 PM  

Itulah Sajak yang dibaca oleh Dr Sidiq Fadzil..untuk nak muda yang sudah di"sebelah"kan fungsinya.

Mereka fikir mereka sempurna tapi yang berfungsi hanya sebelah. Senget.Hasil dari kebangsatan sistem pendidikan BN.

Mengetawakan generasi lama (tua) adalah seperti mengetawakan ibubapa kamu sendiri. Mengetawakan orang orang terdahulu daripada kita.

Semoga sepanjang hidup kami akan dikurniakan Allah dengan pengalaman yang akan kamu ingat dan pakai dihari tua nanti.

InsyaALLAH kamu juga akan tua. Janji Allah. Jika hidup pun sudah sebelah...bagaimana tua kamu nanti?.

Hamid June 25, 2009 at 4:32 PM  

ehehehe...

askum pak cik anon 401...

saya bukanlah mentertawakan pak cik, saya hormat. Cuma, anak muda macam saya tidak berapa berkenan dengan tajuk reformis...sy org islam, percaya dengan hidup dan mati, apa lagi zaman tua. Cuma maksud saya disini, in order to menarik orang muda mencintai ape yg kamu hendak bincangkan, bincanglah perkara yang 'ringan2'..bukan berat2 begini.
Kami sbg org muda boleh terima dengan apa saja input/output dari orang2 'lama', tapi kami harus belajar secara 'perlahan2' dengan sedikit gelak ketawa..bukan dengan keadaan sangat serius.

Percayalah wahai pak cik, hampir 70% dari anak muda malaysia sangat membenci BN, kerana kami bisa berfikir apa yang baik dan apa yang buruk, sama seperti pak cik. Cuma suasana kami belajar amatlah berbeda dari pak cik, kami penuh dengan keriangan dan gelak ketawa, tapi pak cik mungkin belajar dalam keadaan yang sangat serius. Mungkin cara kami belajar telah menguris hati pak cik.

tiada niat hendak berkurang ajar disini, mungkin sedikit salah paham apabila orang 'lama' berserius dan orang muda sedang menikmati keriangan hidup. Saya pasti pak cik juga pernah muda seperti saya, dan pak cik paham apa yg saya cuba katakan.


akhir kata...

buah cempedak luah pagar,
amek galah tolong jolokkan,
kami budak muda baru nak belajar,
kalau salah tolong maafkan...

maaf yea….!!!
ikhlas dari saya sebagai org muda.

p/s: perkataan ‘’wakakakakakaka’’ hanyalah ‘tag line’ untuk menandakan kami tidak serius…..

Anonymous,  June 25, 2009 at 5:55 PM  

Hamid..jika tak suka dgn tajuk reformis duduk diam2...jgn menyampuk.

Dari catatan anda....anda menunjukkan sikap KURANG AJAR anda.

Anonymous,  June 25, 2009 at 5:57 PM  

Budak kecil ganggu orang tua cerita

Anonymous,  June 25, 2009 at 6:00 PM  

bosan dowh! sudah2 lah tu reformis, melalak lagi je keje , korang bantu lah dengan komplain dengan memorandum bukan dengan tarik perhatian orang , series weh, orang muda x layan la benda2 macam ni , teruskan berjuang tu penting bukan mengungkit je kerja, fuck!

Anonymous,  June 25, 2009 at 6:48 PM  

Itulah kebiadapan anak muda yang menjadi igauan orang tua, biarkan mereka juga akan tua. Hormon testoren mereka membuak buak,lantaran adrelin mengalir pantas. Indah budaya kerana bahasa, patah tutur kata mencermin keperibadian serta akal.

Orang muda kamu tidak akan muda selamanya. Ingat hari tua mu.

Hamid,  June 25, 2009 at 6:54 PM  

adui...mintak maap...

ni salah paham ni....
ekekekee..xpela...

wak, ape kabar?

Hamid June 25, 2009 at 7:01 PM  

dah la tu..org muda ka..org tua ka...kita sama2 org islam dan memerlukan antara satu sama lain. Kat sni hanyalah salah paham..kalau saya yang salah saya minta maap...

maap kerana menyampuk...kita diarah yang sama, mari la kita tumpukan kearah itu, jgn la kita berpecah kerana perbezaan zaman kerana yang muda akan tua dan yang tua pernah muda.

Jadi kita adalah sama, x pernah beza. Mengapa perlu diperbesar slh faham ini.

Maaf lagi skali lagi dari Abdul Hamid Bin Mohd. Afdhal.

ape2 pon..wakakakakaka...!!!!

Assalamualaikum.....

ATAS PAGAR,  June 25, 2009 at 7:28 PM  

Reformis hebat? memang hebat dalam Bab Mengkucar kacirkan negara... best tuhhh.... jaga tanggungjawab terhadap isteri dan anak, kan itu amanah tuhan..., perkara asas pun kau tak dapat nak masuk akal, inikan pulak perkara-perkara negara... itulah pasai kau orang tau kucar kacir

Anonymous,  June 25, 2009 at 11:41 PM  

Atas Pagar ni mmg sah BARUA Umno

Anonymous,  June 26, 2009 at 6:36 AM  

Atas pagar jaga jaga jangan bontot kena cucuk pagar. kah kah kah ..

Blog list