Rakan WARTAMAYA

Sunday, May 17, 2009

Ramai yang macam pandai

"Besar nanti kalau pandai hidup senang.", itu kata orang dulu.

Tapi sekarang ni, ramai sangat yang pandai pandai. Bukan tambah senang, tapi lagi susah. Tengok cerita kat Perak .. sampai sekarang tak selesai. Sebab ... Semua orang pandai pasai perlembagaan sampai kita tak tau siapa yang sebenarnya bodoh antara yang mengaku pandai.

Pagi ni .. aku tengok TV, Musa Hassan si KPN tu marah kat Peguam, gara gara Peguam saman dia. Musa plak sound pada peguam katanya peguam buat kerja tapi salah undang undang. Wakakak .. !! Hahah .. Ni lagi satu contoh, bila ramai sangat orang pandai, sampai kita tak tau mana satu yang bodoh.

Cerita pasai YB lak ... Wakil rakyat ingat... dia paling bijak dalam satu satu kawasan dan tu pasal la dia terpilih. Tambah plak ada Degree. Bila sangkaan ni ada dalam kepala otak YB .. maka YB YB jadi sombong. Keputusan ikut kepala sendiri. Pastu .. orang bawah pun pandai cari makan ni, diam jadi tunggul, kalau lawan cepat plak YB tendang, lebih baik diam. Masing masing pandai.

Aku ingat .. 40 tahun dulu .. Ramai orang bodoh dari yang pandai. Menariknya .. ramai yang bodoh tapi mereka mengaku bodoh. Maka kalau ada masalah tanah .. diorang rujuk penghulu. Kalau ada masalah agama, diorang rujuk imam atau khadi, kalau ada masalah ilmu pelajaran, diorang jumpa cikgu. Kalau ada masalah undang undang, diorang rujuk polis dan sebagai nya .. Tu masa zaman ramai orang bodoh. Masing masing cari rujukan sebab si bodoh nak jadi pandai. Sekarang bila dah ramai sangat yang pandai .. tak payah nak rujuk, semua guna kepala hotak sendiri sebab ... semuanya pandai.

Ahhh .... terserah .. mahu Pandai yang kelihatan bodoh atau bodoh yang kelihatan pandai. Asal jangan bodoh tapi tak ngaku bodoh kerana ingat pandai lebih dari yang pandai.
Adoiiii ... pening aku.
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list