Rakan WARTAMAYA

Saturday, May 16, 2009

Padan muka Radenjowo kena tipu ... ye ye

Semalam, KPDNHEP mengumumkan minyak petrol RON97 yang digunakan oleh sebahagian besar pemilik kenderaan di negara ini, dijadikan produk premium dengan harganya dinaikkan kepada RM2 seliter berbanding RM1.80 seliter sekarang.

Langkah itu berkuat kuasa 1 September ini serentak dengan pelancaran minyak baru RON95 berharga RM1.75 seliter di seluruh negara.

Ia bagi menggantikan RON92 (RM1.70 seliter) yang akan ditarik sepenuhnya daripada pasaran selepas tarikh berkenaan. - utusan
Aduhhh ... fobia sungguh aku .. Rasanya kena tipu lagi ni. Kalau orang pandai kena tipu, aku tak kisah sangat. Tapi nasib aku sesungguhnya malang .. dah la bodoh, kena tipu lagi. Ishkk buruknya rupa.

Sejak dua menjak ni .. ramai orang kat TV kata ... untung ! Minyak RON95, berkualiti tapi murah !

Ishkkk ...istilah berkualiti tapi murah' ni macam aku tak caya je. AKu lebih suka terus terang. Kalau kerajaan nak naikkan harga .. "Hello kita nak naikkan harga. Nak tak nak .... kena bayar". Hah .. kan mudah.

Dalam pada tu wak nak bagi tau pada kawan kawan. Mana mana yang selsema dan batuk tu . buat pemeriksaan. Takut babi punya selsema sudah mari. Maklumlah, banyak sangat rahsia sekarang ni. Takut orang panik. Bila dah kena sampuk ... baru nak berubah. Kita ke sana ke mari campur campur, selisih selisih .. dan cuaca pun tak brapa elok ni.

Pada mereka yang nak tau pasal simptom SELSEMA BABI !!!! tu .. klik sini.
Share/Bookmark

2 comments:

Anonymous,  May 16, 2009 at 5:03 PM  

dah nama pun RON95,

x kan kualiti sama ngn RON97 @ RON99,

kualiti kepala bapak dorang kot,

sumbat kat kete zaman 70an ok la kot

Blog list