Nak jadi MB?
Berikut adalah kenyataan yang dibuat oleh TG Nik Aziz ...
"Kesemua Menteri Besar di Malaysia ini memegang jawatan ini kerana undi yang diberikan rakyat kepada kami, bukan keputusan mahkamah yang memutuskannya," katanya pada satu sidang media selepas merasmikan sambutan jubli perak kepimpinan ulama di Markaz Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar Gombak dekat sini.
Beliau juga mendakwa bahawa sekiranya kaedah 'rampas kuasa' yang dilakukan Umno-BN ke atas kerajaan Perak 'dihalalkan', maka ini bermakna ia mungkin akan dilaksanakan di negeri-negeri lain selepas ini.
"Selepas berjaya dibuat di Perak, maka ia akan dibuat di negeri-negeri lain pula selepas ini.
"Cara apakah ini? Islam pun tidak, demokrasi pun tidak," tegasnya. - Harakah
TU dia !!! ... wakakak ... Hmmm .. ada tak kawan aku yang jadi hakim?
2 comments:
Halamak... ada kawan jadi Hakim pun dah bersara. Terlepas peluang!
Ada satu saja senjata paling kuno yang orang2 Malaysia ini boleh guna untuk jatuhkan badan Kehakiman yang pariah, pemimpin2 yang pariah, malah kerajaan yang pariah.
Senjatanya adalah pensil 2B, diguna untuk memangkah kertas yang tak seberapa harganya. Guna akal, berdoa, then pangkah. Yang penting kemahuan ada...jalan tersedia.
-Garden
Post a Comment