Rakan WARTAMAYA

Thursday, May 14, 2009

Lagi kritikan jentera parti pada Wakil Rakyat PKR (Update)

Berikut adalah komen yang diberikan terhadap pemimpin PKR ...

[...] "Malah, setiap kali wakil rakyat gagal untuk hadir, penduduk menyalahkan kami dan ini membuatkan saya dan rakan rakan tertekan dengan sikapnya dan saya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan," katanya.

"Pucuk pimpinan tertinggi harus memberikan perhatian terhadap isu ini dan jangan membebankan rakyat kerana yang menanggung derita atas sikap ini adalah penduduk di Pelabuhan Kelang,"katanya.

Beliau berkata, pendedahan ini terpaksa di buat memandangkan rakyat kini meletakkan setiap kesalahan dan kegagalan wakil rakyat berkenaan pada beliau dan pegawai pegawai lain sejak setahun yang lalu.

"Masalah ini di ajukan kepada Timbalan Presdien Parti Keadilan Rakyat (PKR), Syed Hussin Syed Ali, Timabalan Pengerusi PKR Negeri, Yaakob Sapari dan setiausaha politik Menteri Besar, Nik Nazmi Nik Ahmad, namun hingga kini belum ada tanda kemelut di Pelabuhan Kelang akan berakhir. di petik - Sinar harian (S19) 14 Mei 2009
Dan pada satu ruangan lagi .. kritik terhadap seorang lagi pemimpin PKR .. DR. XAVIER
[...] S. Guna Prakash Roa berkata, beliau sudah beberapa kali membuat temu janji dengan EXCO berkenaan, namun sehingga kini belum berpeluang untuk bertemu dengannya.

"Apabila tiba pada tarikh yang di tetapkan dan kita hubungi untuk membuat kepastian, namun temujanji tersebut kerap di batalkan dengan ini amat mengecewakan kita. Kita ambil initiatif untuk berjumpa dengannya kerana beliau tidak pernah lagi turun ke Sabak Bernam selepas 4 Ogos lalu.

"Sehingga kini baru sekali beliau turun padang ke Sabak Bernam dan pelbagai janji di berikan untuk menjaga kebajikanl kesihatan serta sebagainya, namun satu pun tak di tunaikan," katanya. - sinar harian S20 14 mei 2009
Radenjowo - Kita tidak mahu sebarang peluang untuk UMNO kembali ke Selangor. Tu pasal benda ni kita sebut. Pemimpin lemah, jentera sudah longlai .. maka semuanya menjadi laluan mudah kepada BN untuk rasuk hati rakyat. Kita bimbang kalau perkara ini berterusan, maka apa yang kita sebut sebut dan perjuangkan selama ini sia sia kerana pemimpin tak layak untuk jadi pemimpin. Ada pulak wakil rakyat yang langsung tak boleh di tegur. Kalau di tegur, dia kata kita lak orang barua BN. Chettttt !!!!

Harap YB YB yang terbaca secara sengaja atau tidak sengaja ... sila berikan perhatian. Kalau tak betul, tolong jawab. Jangan diam dan pot pet pot pet di belakang dan kata kita lak dengki dengan jawatan dia. Kritik kita kritik membina.
Jawab ... !!! Jangan tak jawab ... !!!
Share/Bookmark

2 comments:

Anonymous,  May 14, 2009 at 7:37 PM  

Saya setuju wak.
Jangan nanti dah terhantuk baru nak terngadah. Kalau ada masalah, bagi tau pada rakyat, jangan rakyat tertunggu tunggu.

Pak Oncu May 14, 2009 at 8:13 PM  

tentu mangkok hayun tu bekas ahli UMNO,,,,,,!!!!!!!!

Blog list