Rakan WARTAMAYA

Sunday, May 3, 2009

Jom pantau PR di Selangor !!!

Mahu kerajaan PR di Selangor di teruskan? Mari kita pantau keberkesanan pemerintahan mereka. Tak kira apa masalah sekali pun. Yang penting kita pantau.

Sebarang rungutan atau pun pujian terhadap prestasiYB, PBT atau Jabatan jabatan kerajaan negeri di tempat anda berurusan .. sila ajukan kepada radenjowo@yahoo.com.

Yang baik ada buruknya dan buruk ada baiknya. Kita siarkan semuanya. Tiada yang sempurna, tapi rakyat perlu didulukan dalam segala hal. Setiap laporan itu nanti akan di serahkan kepada YB-YB untuk penjelasan. Kita kira selama mana masa diambil untuk YB memberikan jawapan.

YB perlu sedar …. Wakil rakyat dan pemimpin dua istilah berbeza dan mereka di pilih bukan untuk menjadi pemimpin, tapi wakil rakyat. Wakil kepada rakyat. Di perintah bukan untuk memerintah. Di undi … untuk selesaikan masalah rakyat !Bukan untuk syok sendiri. Ada paham !?

Terus kepada perubahan.
Radenjowo
Share/Bookmark

7 comments:

Anonymous,  May 3, 2009 at 9:39 AM  

Wak ini email saya yang sudah diterbitkan di Blog Anwar...nampak sangat DSAI dah pening dengan Selangor yang ketegaq.

Pekebun Halus sangat


Pekebun Kecil menyatakan pendapatnya melalui emel dibawah:

Datuk Seri Anwar,

Saya akan terus memberi beberapa pendapat yang dirasakan membantu kita semua memikul Amanah Allah ini. Setelah 8 Mac, angin perubahan yang dinanti tiba dengan keadaan yang bagi saya bukan mengejut tetapi telah dirancang oleh Allah s.w.t, namun memang terdapat YB-YB yang menang dengan perasaan terkejut sebab masa hendak bertanding dulu pun tunggu dipujuk dan dibangunkan keyakinannya. Apa yang terbuku di pemikiran saya selama ini tidak kesampaian dan tidak nampak ia akan dilaksanakan berdasarkan maklumat yang diterima mungkin juga tidak sampai kepada saya. Saya tuntut perubahan ini.

Pertama: Dasar kerajaan Negeri perlu jelas, diperjelaskan melalui pelaksanaan dan perangkaan yang kemas. Dasar-dasar kerajaan negeri lama masih terpapar di dada web rasmi Kerajaan Negeri Selangor perlu dibuang dan digantikan dengan wawasan dan dasar baru yang perlu diisi serta diterangkan kerangka pelaksanaan termasuk garis tuju serta pembatuan kerja. Apa pentingnya dasar-dasar ini diubah, bagi memberi pandangan perbezaan antara kita dan kerajaan terdahulu. Memberi wawasan dan harapan baru kepada Kakitangan Awam bagi merealisasikan perjuangan rakyat negeri Selangor, dan sebagai titik mula angin perubahan serta halatuju baru bagi mengelak perbezaaan paradigma.

Kedua: Membersihkan tingkat 21 dengan kumpulan pelaksana yang baru yang dikenalpasti akan kesetiaan mereka terhadap kerajaan baru Pakatan Rakyat, sebolehnya dengan struktur pentadbiran yang baru, pengisian penambahan atau perubahan kedudukan serta peranan baru bagi menyokong kehendak dan hasrat dasar-dasar baru yang ditetapkan di resolusi Pertama. Ini bagi mengelak penyaluran maklumat penting kerajaan, unsur sabotaj, kelewatan pelaksanaan, mengelak prejudis berpanjangan, dan pembahagian kerja yang lancar, sekaligus memberi ruang kepada kakitangan bertugas dengan penuh amanah tanpa rasa mereka diawasi. Sudah tentu kakitangan ini akan lebih produktif dan tenteram menjalankan amanah yang diberikan.

Ketiga: Mengubah struktur sokongan, kerajaan negeri Kerajaan Tempatan terutama GLC serta agen-agen kerajaan negeri yang selari dengan resolusi pertama yakni dasar yang akan diperkenalkan. Agak janggal resolusi ini dikeluarkan setelah lebih 6 bulan tiada sebarang perubahan dasar dibuat. Apa yang dilaksanakan sekarang cuma pelaksanan janji pilihanraya atau manifesto. Kerajaan negeri mesti mempunyai kerangka utama yang selari dengan manifesto bagi merangka masa depan Kerajaan Negeri Selangor Baharu. Kerajaan Tempatan perlu distruktur atau diubah dengan mengelak agen-agen kerajaan lama bertapak, Little Napoleon dibasmi. Bukan kerajaan yang ada menjadi agen kepada agen-agen lama ini. Sehingga kini tiada YDP atau sebahagian Kerajaan Tempatan yang bermasalah dirombak walau ada alasan kukuh, perlantikan persekutuan juga perlu dikaji akan keperluannya, jika tiada peranan dan kerjasama yang dapat diadakan antara persekutuan dan negeri kenapa perlu kita mengekalkan kedudukan mereka dinegeri?

Keempat: Memberi ruang dan peluang kepada “orang politik” dilandasan yang berbeza, menghormati pendapat dan pandangan mereka sebagai asas kepada pengubalan sebarang dasar dan perubahan yang perlu digariskan di resolusi pertama, Perhubungan Negeri menjadi medan menjana idea baru dan cadangan baru yang dibawa ke mesyuarat Pakatan Rakyat dan seterusnya dibincangkan di peringkat mesyuarat EXCO serta mesyuarat eksekutif yang lain. Ketua-ketua bahagian diberi tempat dimana mana jua ruang kosong yang boleh diisi baik dari segi peluang ekonomi dan kerjasama sosial. Adalah agak pelik melihat lagak seorang ketua yang hadir dari ruang dan sokongan bahagian-bahagian melupakan peranan mereka, perlu diingat tanpa ruang yang diberikan tidak mungkin apa yang berlaku sekarang. Saya ambil contoh :- Bahagian Kuala Selangor : tanpa laluan yang diberikan oleh Timbalan Ketua Bahagian selaku Ketua Bahagian ketika itu tidak wujud ketua Bahagian yang digelar MB Sekarang ini. Memberi peluang bukan bererti kita membalas, tetapi naturalnya politik mesti berlandaskan kepada kesedaran ini. Politik bukan perniagaan yang hanya mampu dijual beli. Pada satu ketika kedudukan anda mungkin sudah tidak dapat dibeli dengan sebarang nilai pun. Dasar politik mendepani Kerajaan tidak wujud di Selangor.

Kelima: Memperkukuhkan Perhubungan Negeri dan Bahagian dari segi kekuatan fizikal dan jentera, bahagian sepatutnya diberi bantuan supaya membangunkan ekonominya sendiri, aset, jentera yang berwibawa, berketrampilan melalui latihan latihan khas, dana dana yang mencukupi bagi menjalankan aktiviti parti yang seterusnya tidak akan meneruskan pergantungan kepada Kerajaan memerintah, agar kemenangan ini berterusan dan parti menjadi pusat minat orang muda mengembleng generasi pimpinan baru. Mereka juga perlu mempunyai imej, mendapat tempat sewajarnya didalam masyarakat sekitar sebagai pengerak desakan rakyat.Menjadi medan jatuhnya kerajaan jika terjadi, tempat mengadu ahli, menjadi momentum asas kepada segala riak perubahan suara rakyat. Kerajaan sekarang tidak boleh bangun dengan hanya cantik diatas, tetapi rompong dibawah, penyokong dan ahli inilah asas yang paling perlu dipertahankan. Mana mungkin parti berdiri tanpa AHLI.

Keenam: Media yang berkesan dan penerobosan media alternatif kepada rakyat, termasuk yang ditempatkan di peringkat Kerajaan Negeri peranan Setiausaha Akhbar, Pegawai Media, Perhubungan Awam perlu dipertingkatkan, berperanan sebagai penyebarluaskan sebarang perlaksanaan yang dibuat oleh kerajaan negeri, Pengiktirafan kepada media sokongan seperti Blogger perlu dengan mewujudkan Blogger Selangor, bagi menangkis serangan negatif pihak lawan, tidak perlu menunggu diserang, tetapi media harus terus menerus memberi penerangan kepada rakyat. Apa yang nampak, segalanya cuma dimeja mesyuarat nampak cantik, rakyat tidak tahu menahu walau seindah mana pelaksanaanya. Ini akibat kefahaman politik yang tidak memerlukan keadaan ini berlaku. Lantas berkata gimik tidak perlu, membazir masa dan wang.

Ketujuh: Sebagai Muslim, jauhi unsur sekularisma dalam pentadbiran negeri, sayangi Islam, Melayu sebaiknya pertahankan peranan masing masing dalam apa jua keputusan. Bermatian dalam memutuskan yang hak. Dalam keadaan itu, keperluan bukan Islam tidak terpinggir, dengan maksud lain, Pentadbiran ini perlu diasaskan dengan keperluan agama dan rohani. Unsur SEKULARISMA ini perlu dibuang, atau unsur Free Thinking perlu dihapus. Apa yang akan terjadi Agama menjadi bahan politik dan sekunder dalam keputusan keputusan yang dibuat. Sepatutnya kerajaan Negeri mempelopori perubahan ini dengan mewujudkan Majlis Dialog Agama dinegeri Selangor, bukan untuk hebahan tetapi mencari titik temu antara sebarang persoalan yang membabitkan keperluan agama masing masing.

Kelapan: Kualiti kepimpinan yang tinggi , berdisiplin , sayangkan rakyat, taat kepada Agama, pimpinan perlu dilihat mampu mempimpin diruang yang dia mahir atau bidang professionalnya, mungkin sekali sekali dinampakan memimpin jemaah solat, menghantar jenazah kekubur, bermain bola, melayani anak anak kecil, menuntuni orang tua, Bukan lagaknya seperti CEO dengan bertali leher dan kot siang malam. Jika kualiti kepimpinan ini tiada padanya beliau perlu membawa kepimpinan lain bersamanya untuk mengimbangi kekurangan yang ada padanya, mungkin dibelakangnya seorang Imam, jurulatih bola, guru tadika atau pengusaha rumah orang tua. Jika ia sudah terlaksana tunjukan kepada rakyat, kita tidak boleh kata ini untuk menunjuk nunjuk, tetapi peranan pemimpin memang memberi contoh yang terbaik kepada rakyat. Tidak boleh mengatakan ini gimik, ia perlu diteladani oleh pimpinan bawahan. Ambil contoh Rasullah terlebih dahulu melakukan apa yang baik untuk diteladani orang sahabat sahabat. Adakah dengan mencontohi Rasullah menjadikan apa yang dilakukan jadi tidak ikhlas?. Diulangi itu peranan pemimpin menjadi teladan kepada rakyat. Jadi peranan resolusi perkaitan media diatas menjadi sandaran.

Kesembilan: Jangan perkecilkan peranan masing-masing, ambil kisah semut Nabi Sulaiman, Burung di pintu gua nabi, dan lain lain kisah. Masing masing ada peranan yang amat berguna pada ketika dan masanya atau keadaan tertentu yang tidak mungkin dapat dilaksanakan oleh orang itu atau pimpinan itu. Mengepikan dengan alasan tidak professional, tiada kelayakan akademik, itu dan ini dengan memecat sesuka hati adalah tabiat yang kurang murni dalam politik, pimpinan perlu sedar anda mungkin memerlukan “setitik” air untuk hidup ketika anda kehausan. Pada ketika itu anda tidak akan memikirkan air jenis apa yang akan anda minum. Beringat sebelum anda kehausan. Menganggap orang dirinya lebih sempurna dan orang lain bagai sampah boleh dikuis dan disepak-sepak adalah silap. Kapal terbang boleh jatuh dengan “selotape” saja. Tidak mengulas panjang tentang itu. Apa yang jelas semua berperanan, jangan nafikan peranan mereka, sekurang kurang berilah mereka ditempat yang sesuai dengan peranan tertentu.

Kesepuluh: Baca, tenung dan kaji dengan teliti setiap perenggan yang tulis, ambil pendekatan positif, penulis hanya mentelah tetapi diberi ilham agar semua perkara ini disentuh dan diambil tindakan serious serta efektif. Didalamnya ada cadangan serta implikasi juga penyelesaiannya.

Sehingga kini masih kedengaran suara suara yang sama yang kita dengar setahun yang lalu, apa yang jelas parti tiada perubahan, kekuatan parti dibahagian masih lemah, pengurusan keahlian masih lesu, pendokong parti longlai. Namun ada yang pandai “marah” tatkala tidak cukup jentera parti berkempen di Batang Ai dan Bukit Selambau tempohari. Tidakkah semua yang ada berfikir sejenak?

Ahli - perlu dilayan dengan baik, sepatutnya satu program pentarbiyahan ahli baru dibuat atau dengan kata lain, program orientasi organisasi parti perlu dibuat bagi menjamin ahli yang setia dan menjalankan hak mereka sebagai ahli. Satu program penyerahan kad ahli melalui sistem keahlian yang kononnya sudah mantap di ibupejabat sepatutnya dimanafaatkan. Mungkin ahli yang berdaftar dipanggil untuk sesi pengenalan kepada perlembangaan parti, organisasi parti, hak ahli, menanam kesetiaan ahli. Ramai ahli yang merungut tentang ini.

Bahagian - Ada bahagian yang tiada pejabat, menumpang atau sewa tidak terbayar, setengahnya sudah ada bahagian yang telah dihalau oleh tuan punya bangunan. Program parti tidak berjalan, cawangan dan ahli tidak digerakkan, tidak ada aset yang dibangunkan, alasan ketiadaan dana. AJK kucar kacir atau berpuak puak, mesyuarat bukan untuk merancang tetapi menjadi medan perang dan pelbagai lagi kelemahan yang jelas dilihat.

Perhubungan Negeri - Mesyuarat tidak fokus, hanya berkisar kepada agenda jangka pendek dan semasa, tiada dasar yang dikupas bagi menasihati kerajaan negeri sebagai parti yang memerintah. Keadaan pejabat yang sungguh mengecewakan, tidak dimanafaatkan dengan pelbagai perbincangan mesyuarat mahu taklimat secara aktif, malah yang tidak tahu dimana lokasinya pun ada. Tiada sistem komunikasi yang berkesan. Sistem penyampai yang amat lemah, tiada sebarang sebaran propaganda atau hebahan mahu dalam bentuk media atau blog.

Pusat Khidmat Masyarakat - Tiada KPI yang diguna pakai yang jelas, masing masing dengan kaedah dan cara perkhidmatan yang tersendiri, gaya dan penyampaian yang berbeza dan berpilih. Tidak menyeluruh, tiada sistem promosi atau pemasaran produk kerajaan sekarang. Media tidak dimainkan, lokasi dan kedudukan kekadang menyusahkan pengunjung dan rakyat susah, tidak mesra rakyat malah kekadang tutup. Setengahnya tidak melibatkan bahagian (memanglah itu hal pentadbiran negeri tapi bendera penuh juga), tidak mencerminkan atau meraih political milage kepada parti yang memerintah sekarang.

SUK - No komen itu tempat YB masing masing….

——-

Saudara Pekebun Kecil,

Sorotan rakan wajar direnung secara jujur. Seandainnya sudah dipertimbangkan sabelumnya atau dikira sedikit terlanjur sekalipun, ia tetap membantu dalam penyelenggaraan amalan kita.

Sesungguhnya yang mendorong saya membuat rombakan tugas kepimpinan minggu lalu adalah lantaran keprihatinan yang sama - bahaya kepudaran idealisme; mudah rasa selesa dan keengganan menerima teguran.

ANWAR IBRAHIM

semut May 3, 2009 at 9:43 AM  

NO CHANGE NO PRK...

Tunjukkan kita mempunyai kuasa yang mereka tiada, tidak perlu bertekak berperang jenuh...
hanya duduk rumah lay back...lay park....masalah kita akan selesai...

Bukan kita tak sayang parti, jangan sayang sehingga parti musnah...
Musnahlah jika ada lubang kita tidak tutup...ada buruk kita simpan..ada musuh kita selimutkan...

Politik sekarang macam lautan yang bergelora, kapal kapal baru balik dari perang...tapi lautan masih bergelorak...kapal masing masing bocor...nak karam...compang camping...Kapal UMNO lagi teruk..

Kapal PKR pun teruk jugak kena belasah...bocor juga...siang malam dikerahkan untuk mengurangkan air yang akan mengaramkan kapal itu...anak anak kapal makin keletihan..dah beritahu pada nahkoda bahawa kapal kita bocor...tak peduli...anak kapal dah kelihan dan kelaparan...dah beritahu pada nahkoda anak kapal lapar...tapi tak peduli. Anak anak kapal yang setia dengan kapal ini terus mencedok dengan ada yang ada...jika ada tapak tangan dengan tapak tanganlah...mohon timba dengan nahkoda , nahkoda tak peduli.

Nahkoda kusyuk mengemudi ke Putrajaya, asyik sekejap sekejap menyelak tropongnya...jauh lagi kah Putrajaya, para panglima panglima asyik bertanya...are we there yet!....kejap lagi tanya Are we there yet?..makan minumlah diaorang,...anak kapal kerja keras kat bawah menahan air dari terus masuk...ada yang setengahnya tak sedar..air dah sampai hidung...kita akan tenggelam...kalau tak selesaikan masalah ini.

Jadi..soalannya, jika tidak diteruskan jentera anak anak kapal ini untuk menimba air keluar...mahu lama dah kapal ini karam. Jadi wajarkah anak anak kapal ini terbiar.

Kita lihat...jika kapal ini pergi berperang lagi..belum tentu kapal ini mampu bertahan..ya mungkin akan menang tapi sebab bukan kita kuat tapi musuh kehabisan peluru atau kapal mereka karam dulu.

Jadi fikirkan bersama...jauh kedalam.

tok iskandar May 3, 2009 at 1:34 PM  

SPR nak hadkan jumlah penyokong yang hadir penamaan calon PRK Penanti takat 5 ribu je.
Ini satu lagi keja mengarut SPR dan satu lagi projek BN untuk menang di Penanti.
Baru saja SPR membuat arahan tak benarkan pondok panas,timbul pulah ura-ura nak hadkan jumlah penyokong.
Pondok panas nak hapuskan tapi jumlah penyokong pada hari mengundi boleh seramai yang boleh.
macam nak bawak pengundi hantu je.
Pada PRU 2004,SPR haramkan pondok panas..pembangkangpun akur dengan arahan tu.cuma yang tak sedap BN selamba dek je langgar arahan SPR dan buat pondok panas dekat tempat mengundi.
Sudah tiba masanya rakyat membawa SPR ke mahkamah kerana tidak bersikap adil dan telus.
Eloklah Pengerusi atau Timbalan Pengerusi SPR letak jawatan bertanding atas tiket UMNO di Penanti

lebaymans berkata May 3, 2009 at 7:43 PM  

salam semua,alhamdulillah setahun selangor diperintah pakatan rakyat.
cuma satu hal perlu dititikberat amar makruf nahi mungkar dalam pentadbiran kerajaan negeri selangor.ampun dan maaf saya pohon kepada MB yang saya kasihi,harapan saya tolong hindari bersalam dengan golongan hawa.Rakyat mahu perubahan menurut alquran dan hadis tanpa kompromi dan berhemah agar golongan bukan islam lebih memahami dengan penerangan yang lebih tersusun di masa mendatang. Pakatan rakyat perlu faham setiap 5tahun pilihanraya pasti berlaku, sekiranya kita alpa dengan kemenangan lalu tanpa mengekalkan kecemerlangan kemenangan natijahnya pasti kita tewas,
peranan amanah untuk rakyat dan niat kerana ALLAHswt bagi yang beragama islam dalam memerintah hanyalah amanah yang terpikul dibahu anda semua,termasuk yang lainnya moral perlu dijaga rapi; agar pakatan rakyat dapat mengekalkan kemenangan setiap 5tahun berterusan hendaknya didoakan.
wauallahualam.

Kedahlanie May 4, 2009 at 12:09 AM  

wak.. buat aja mcm kawe buat kat kedahlanie....cadangan je laa...

Anonymous,  May 4, 2009 at 12:01 PM  

Mcam tak nampak apa pun selangor la ni serupa mcam syok sendiri je....klau de pun tak tau cus tak didedahkn pd umum dngar crita jee

Naruto Sensei May 4, 2009 at 10:06 PM  

Perbezaan pemerintahan kerajaan PR dan Kerajaan BN dalam setahun ini.

kerajaan BN

pada awal pemerintahan diakui memang meringgankan beban rakyat malaysia am nya.. banyak program yang membantu dilakukan sehinggalah ramai orang Melayu yang berjaya..

Itu pun hak orang Melayu tergadai juga apabila tulisan Jawi di hapuskan dan digantikan dengan tulisan Rumi..

Sedangkan kita sedia maklum melalui tulisan Jawi lah masyarakat Melayu pada masa tu celik kepada Al-Quran..

Malah jika hal2 berkaitan Islam jika tercabar pun orang Melayu akan bangkit bersatu menentangnya

Contoh: apabila perbicaraan Kes Natrah yang di bela oleh keluarga melayu dituntut ole keluarganya di England dan memohon mahkamah mengiystiharkan Natrah keluar dari Islam.. orang melayu masa tu bangkit menentang keputusan itu termasuklah Tuanku Abdul Rahman..

Tetapi malangnya UMNO mengubah tulisan Jawi warisan Melayu ke tulisan rumi kepunyaan orang Rome yang di gunakan penjajah British. sedikit demi sedikit Orang Melayu semakin Buta kepada Al-Quran sehinggalah ke hari ini..
Bukan British yang hapuskan tetapi UMNO!!

Tetapi sehinggalah di zaman pemerintahan Tun mahatahir UMNO berubah daripada membantu rakyat kepada memeras rakyat apabila dasar penswastaan negara di mulakan
pada masa inilah kerosakkan berlaku apabila program bantuan menjadi perniagaan dan banyak hak2 dan tanah orang melayu tergadai antaranya..

Dasar Ekonomi Baru yang menyasarkan 30 peratus penguasaan ekonomi Bumiputra di selewengkan.. Dengan berbagai Projek dan tender kerajaan di berikan kepada Kroni pimpinan UMNO yang menyebabkan pencapaian hanya 18% sahaja yang dapat dicapai sehingga ke hari ini...

Kekayaan negara yang tidak seimbang hanya tertumpu dikalangan Ahli politik dan saudara-mara Bn sahaja sehingga wujud jurang yang besar antara rakyat termiskin dan terkaya..
Sehinggakan yang miskin bertambah miskin dan yang kaya bertambah kaya..

DEB jugalah punca di mana segala Projek yang dianugerahkan kepada pimpinan UMNO di Alibabakan sehingga projek yang sepatutnya diuruskan oleh bumiputra jatuh ketangan bangsa lain..Kerana sifat tamak dan ingin cepat kaya .. Malah kita boleh melihat bagaimana Ketua pemuda bahagian atau cawangan UMNO boleh membina Banglo mewah.. walhal baru setahun memegang jawatan tersebut di sebabkan projek yang mereka terima sebagai imbuhan dan mengalibabakan projek tersebut untuk mendapatkan keuntunggan segara...

Contoh: Bekas MB Selangor Khir Toyo
Mempunyai sebuah banglo yang dalam pembinaan di Shah Alam bernilai Lebih kurang RM29 juta!!! Sedangkan jika dihitung Gaji beliau selama menjadi ahli politik sehinggalah menjadi MB memang tidak mampu memiliki rumah semewah ini...Jadi dimanakah beliau mendapat wang sebanyak ini.??


Memansuhkan biasiswa kepada pelajar IPTA mmenjadi pinjaman PTPTN yang menyebabkan ramai pelajar gagal menjelaskannya walaupun belum mendapat kerja..

walhal ini adalah hak2orang melayu yang terjamin dalam perlembagaan dan di dalam kontrak sosial pun adalah menjadi Tanggungjawab UMNO melalui MARA memberikan biasiswa Percuma!! .. kepada setiap pelajar yang berjaya ke Universiti...

Memberikan tanah rizab Melayu kepada tokey2 yang banyak duit contoh di bukit bintang, menara Tan&Tan dan UniTAR kepunyaan MCA..
Penjualan banyak tanah Rizab melayu ini berlaku di negeri Johor,Melaka,P.Pinang dan perak
dan kebanyakkannya adalah kepada taukeh Cina dari Singapura..

Dan sekarang ini apabila siap Wilayah Iskandar di Johor nanti sebanyak 70% saham di punyai oleh Singapura dan masa tu nanti bolehlah di gelar Singapura kecil di Johor..


Dasar Kerajaan Mahathir ini diterukkan lagi dengan menjadi negara perindustrian apabila banyak kilang2 didirikan.. pada mulanya tokey2 kilang mengambil pekerja tempatan untuk berkerja tetapi untuk menjimatkan kos tokey2ini tadi mula mengambil pekerja asing dan akhirnya pekerja tempatan dipinggirkan..
sehingga kini pekerja asing mencecah 3 juta orang di Malaysia..

Dan akhirnya berlakulah gejala sosial yang parah dalam masyarakat apabila pekerja2 asing yang telah ramai ini mula tidak menghormati undang2 negara dan berlakulah jenayah yang semua sedia maklum..

Dalam Zaman inilah UMNO diharamkan oleh mahkamah kerana perpecahan dalaman dan rasuah, selepas inilah UMNO makin hilang arah perjuangan kepada rakyat yang mana daripada mengurangkan beban kepada menambah beban kepada rakyat dengan dasar2 yang semua sedia maklum...seperti kenaikan harga barang , harga minyak, cukai2 dan tingginya pengganguran dan kerosakkan akhlak di kalangan anak2 melayu...

Hinggalah dalam PRU ke 13 apabila BN kalah di 5 nagari termasuk di wilayah K. Lumpur BN dilihat masih tiada Perubahan dan banyak janji2 dalam manifesto PRU ke 13 langsung tak tepati antara usaha BN tahun ini ialah:

Mewujudkan JKKKP yang mana sepatutnya tidak perlu kerana kerajaan negeri mempunyai JKKK sedia ada tetapi kerana hendak menjatuhkan kerajaan PR dan memecahbelahkan masyarakat maka ditubuhkanlah jawatankuasa itu.

menaikan harga minyak sebanyak 70sen.

menaikan harga Tol

hanya mencari silap2 kerajaan PR sahaja walhal kerajaan BN mempunyai banyak masalah semasa berkuasa di 5 negeri.. kerajaan PR cuba tidak membalas tetapi UMNO makin teruk dengan tuduhan2 yang tak berasas langsung dan akhirnya kerana BN mencabar, kerajaan PR membongkar satu demi satu salahlaku pemimpin2 BN terdahulu termasuk khir toyo

Hanya tahu memfitnah kerajaan negeri PR sahaja tiada usaha2 berbaik dgn kerajaan PR

Merampas kerajaan Perak melalui ADUN lompat yang UMNOBN tuduh sebagai perasuah dan melantik MB sendiri walhal MB pakatan tidak pun Meletak Jawatan.

Memainkan sentimen Agama , Raja dan kebangsaan selepas kekalahan untuk meraih simpati undi melayu yang mana kita tahu semasa UMNO memerintah perkara2 tersebut langsung tidak di ambil peduli''

Membuat tuduhan berasaskan Fitnah kepada kerajaan Pakatan Rakyat dan tidak mahu bekerjasama diantara kerajaan negeri PR dan kerajaan Pusat untuk kepentingan Rakyat..

Gagal mengatasi kemerosotan Ekonomi malaysia yang mana rakyat makin terbeban sedangkan bantuan melalui wang rakyat KWSP digunakan untuk Syarikat2 besar sahaja.

Gagal menangani kenaikan harga barang sedangkan harga minyak pun sepatutnya turun75sen tetapi apabila di congak2 berapa kali harga minyak diturunkan hanya 50 sen sahaja yang turun manakala 25sen kekal sehingga ke hari ini ..
Itu pun kerajaan mencanangkan kononnya harga minyak dah diturunkan.. boleh ke dikatakan harga minyak turun sedangkan masih ada baki 25sen yang tak turun lagi??

Tiada tindakan berkesan dalam menghadapi Jenayah yang meningkat, pendakwaan rasuah pilih kasih dan gejala sosial yang semakin parah.

Tidak berjaya mengawal kebanjiran warga asing di malaysia yang mana sekarang ini menjadi penyumbang utama kes2 jenayah di Malaysia.. Sekarang Negro pun dah banyak beb.. Malah kebanjiran ini menyekat peluang kerja untuk rakyat sendiri yang terpaksa bersaing dengan pendatang asing untuk mendapatkan pekerjaan di Malaysia..

Gagal menangani gejala sosial yang makin meruncing dan merisaukan di kalangan anak2 muda,
Malah mengalakkan lagi dengan penganjuran Konsert2, pertunjukkan hiburan, Pesta2an dan rancangan TV yang melalaikan dan tak bermoral.

Supaya rakyat leka dan tidak tahu tentang perkembangan politik di negara ini. Supaya mudah bagi Bn memperbodohkan rakyat untuk mengekalkan kekuasaan mereka..

Gagal melaksanakan perintah Allah dengan memartabatkan hukum Hudud sebagai perundangan tertinggi sedangkan kuasa mutlak terletak di tangan UMNO yang mengaku Islam, walaupun di beri kuasa memerintah negara sehingga ke hari ini..

Dan gagal memberi kefaham yang baik tentang Islam kepada Bukan Islam sebaliknya menakut2kan bukan Islam di negara ini kepada Hukum dan amalan Islam itu sendiri..

Pendek kata hampir tiada janji manifesto yang ditunaikan oleh BN walaupun janji cogankatanya iaitu SELAMAT,AMAN,MAKMUR yang berlaku sebaliknya ialah TAK SELAMAT,TAK AMAN DAN TAK MAKMUR makin corot lagi keadaan Malaysia hari ini dan inilah relitinya..
-----------------------------------


Kerajaan Pakatan Rakyat

Walaupun baru setahun jagung memerintah telah berjaya mengurangkan beban Rakyat seperti:

Mengurniakan 102 ribu lot tanah kepada kg tersusun yang 90% adalah berbangsa Melayu dan 47 ribu kepada kg baru yang 80% adalah bangsa cina..yang mereka ini adalah rakyat miskin di Perak tetapi dilaporkan di Utusan dan Berita harian tanah hanya diberi kepada bangsa cina saja ini satu penipuan dan Fitnah BN

Memberikan hadiah bekalan air bersih percuma 20 meter padu setiap bulan kepada rakyat. yang mana selama 50 tahun Bn memerintah perkara sekecil ini pun tak boleh dihadiahkan kepada rakyat..

Memberikan bantuan RM2.7juta kepada sekolah S.Agama.Rakyat di Pulau Pinang dibawah PR,Juga bantuan RM 25 juta kepada SAR dan SRJK(C)di Selangor..

Menganugerahkan Tanah kepada sekolah Melayu dan Cina di Perak Untuk mendidik Sekolah tersebut supaya tidak mengharapkan bantuan kepada kerajaan,
sebaliknya mendidik mereka mengusahakan tanah tersebut dan bebas menggunakan hasil yang diperolehi sebagai sumber kewangan sekolah.. Dan menaik taraf sekolah Tamil Juga di negeri Perak

Mewujudkan tabung simpanan kepada bayi baru lahir Yang mana apabila mencecah umur 18 tahun simpanan bayi tadi menjadi beribu ringgit dan berbagai tabung warga emas sebagai usaha menjamin masa depan rakyat di bawah naungan Kerajaan PR

Memberi wang bantuan kecemasan kepada setiap warga emas Selangor yang berdaftar dengan takaful Warga emas dan memberi bantuan RM1,500 apabila berlaku kematian dan baki RM1,000 kepada waris selepas pengebumian untuk menampung beban kos2 pengurusan jenazah..

Memberi Ganjaran RM1000 kepada setiap anak Selangor yang berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti yang mana dapat mengurangkan sedikit bebanan pelajar untuk membeli berbagai keperluan Pembelajaran..

Menaikkan elaun Guru Kafa Di negeri Selangor, Pulau Pinang dan Perak yang semua gurunya adalah orang Melayu yang selama di zaman BN memerintah tidak pernah dinaikkan..

Memulangkan semula bantuan perkapita kepada sek agama rakyat yang sebelum ini ditarik diZaman Tun Mahathir dengan menaikkan lagi jumlah bantuan..

memberi kebebasan kepada rakyat memilih AJK surau atau Masjid yang selama ini lantikan dilakukan oleh UMNO saja..

Memberi kebebasan melantik Ketua kg mengikut kehendak rakyat sendiri tanpa campur tangan kerajaan

Memakmurkan surau dan Masjid dengan Program2 Keagamaan yang semasa Zaman pemerintahan BN begitu Suram..

Membaiki jalan raya contoh di Sg buluh dan Sabak Bernam tanpa perlu menunggu pilihanraya tiba..walhal jalan tersebut dah terlalu teruk dizaman BN memerintah lagi..Zaman BN dulu nak kena tunggu PRK atau PRU baru nak repair jalanraya tu..

Mengiystiharkan harta Ahli Exco dan MB serta Adunnya yang mana sampai ke hari ini Tiada sorang pun pemimpin BN berani membuat pengiystiharan harta..

Membuat Program Keislaman dengan solat di tempat2 awam supaya rakyat mencontohi dan mengikuti program bina Insan tersebut dengan dipimpin MB PR sendiri yang takkan pernah terjumpa dalam Pimpinan Umno..

Menganjurkan Program2 dan bengkel kemahiran untuk belia2 yang ketinggalan dan tiada pekerjaan sebagai persediaan melahirkan pekerja berkualiti pada masa akan datang.
seterusnya memberi sinar harapan kepada Belia2 yang ketinggalan ini untuk menjadi insan berguna..

Mengiystiharkan Fasa kedua menunaikan janji manifesto PR setelah Fasa 1 telah berjaya dilakukan

Mengaktifkan Lembaga Zakat dengan memberi bantuan kepada yang benar2 miskin... sehingga kini di Sabak Bernam hampir Tiap2 bulan adanya program2 bantuan Zakat diberikan..

Jadi kesimpulannya anda sendirilah menilaikannya perbezaan antara kedua2 kerajaan tersebut Yang mana lebih mementingkan kebajikan dan mengurangkan BEBAN RAKYAT..

fikirlah dengan hati yang ikhlas bukan mengikut emosi kepartian ataupun kekeliruan fikiran..

Ubah Minda Selamatkan Malaysia..

Wassalam

Blog list