"Sicko" by Michael Moore
Duduk kat rumah sementara tunggu cili ... sungguh membosankan. Tak sabar rasanya. Tapi nak jadi petani .. kena la sabar. Orang tua kata. Berbudi pada tanah .. kononnya.
Internet tiada ... so tengok ASTRO ... Bukan Akademi Fantasia, tapi Movie. Astro Awani dan Bernama pun dah lain macam. Berita lesu. Banyak nama sensasi yang dulu di siarkan, tapi sekarang di haramkan. Tak bagi imbau memori atau ada yang tak boleh tidur kot.
Yang paling menarik di ASTRO buat masa ni .. channel 413 .. Documentary hasil pengarah kontroversi dari Amerika, Michael More. Rugi tak tengok.
Rasanya dah banyak kali di siarkan, tapi wak dah tengok hampir 4 kali. Syok giler. Mungkin dah lama, tapi masih mengancam.
Keadaan kita sekarang menuju ke arah itu. Bestnya rakyat Perancis, Britain, Kanada dan Cuba .. semunya rawatan percuma. 1st Class .. !
Wak tak dapat cerita panjang. Leceh cyber cafe ni. Macam medan perang. Riuh macam pasar malam. So usul wak .. tengok "Sicko" dan beri komen. Kita tengok berapa ramai rakyat Malaysia yang pandai. Dan Berapa ramai yang sudah kena !!!
Wakakakak !!!
Salam dan terima kaseh kepada yang memberi sumbangan.
Jumpa lagi.
9 comments:
Wak aku selain tanam serai...orang umah buat kuih.
salam wak, wak banjar baru ajer transfer fund utk wak tadi..takde byk tapi cukup ler isi petrol dari KL-Penang (pergi balik)..itu ajer yg termampu wak..harap wak terus tabah menunggu hasil cili..
wak radenbanjar
al-Banjari Online
Mohon linkan blog waris pahang dalam wartamaya.
http://warisanpahang.blogspot.com/
wakakakak !!!
terima kaseh albanjari .. bro
salam sahabat
Anonymous said...12:34 AM,
Tahniah ... jangan harap pada kerajaan... jangan harap pada politik.
Waris Pahang,
Insyaalllah ... saya akan lawat dulu.
Pada PR tidak mengharap, pada BN tidak menaruh hati.
Sejak najib ambilalih UMNO Selangor,timbul pulak spekulasi kerajaan PR Selangor akan ditumbangkan dan dirampas secara brutal.isu umno selangor ketandusan pemimpin berbakar itu masalah depa.
Modus operandinya mudah dengan skrip ala-ala negeri Pasir Dua Butir.Tan Sri Khalid akan dihadapkan ke mahkamah oleh SPRM atas tuduhan rasuah atau salahguna kuasa.Berkemungkinan besar akan didapati bersalah dan Selangor terpaksa mencari MB baru.
Bila dah dapat calon MB,pemimpin PKR Selangor akan mengadap Sultan Selangor dan kali ini akan ditolak oleh Sultan Selangor yang mahukan calon PAS jadi MB Selangor.Dr Hassan Ali akan jadi calon PAS dan apabila PAS cadangkan beliau jadi MB Selangor yang baru,beberapa ADUN PKR akan protes kerana kerusi DUN PKR lebih daripada DUN PAS.Perbalahan akan jadi semakin hangat dan beberapa tok wakil PKR akan keluar parti dan menjadikan PR Selangor retak menanti belah.Ketika inilah akan berlaku PRK Penanti yang akan diadakan ketika Muktamar PAS berlangsung iaitu pada awal bulan Jun.Lebih memburukkan keadaan penyokong PAS akan memboikot PRK Penanti jika krisis politik di Selangor tak dapat diselesaikan dengan baik.
Baru-baru ini beberapa pemimpin HINDRAf di Selangor telah menyertai MIC dan mereka akan menjadi bom jangka kepada kerajaan PR Selangor.Ezam dan GERAK akan diberikan peranan penting untuk menarik tok wakil PKR menyertai UMNO.Jika plan di atas gagal,tak mustahil ada tok wakil PR akan dikidnap.
Tok jangkakan UMNO tak punya banyak masa kerana krisis rundingan air di Selangor telah menjejaskan imej UMNO.Ada sumber memberitahu,Mat Taib ada kepentingan dalam SYABAS dan atas faktor inilah beliau telah digugurkan sebagai Ketua Penerangan UMNO dan Ketua Perhubungan UMNO Selangor.Ada sumber yang memberitahu tok Mat Taib sengaja tidak diberikan jawatan untuk memberikan beliau peranan penting dalam usaha merampas Selangor.Sedikit sebanyak dakwaan ini ada benarnya kerana mat taib mempunyai hubungan rapat dengan Sultan Selangor yang juga merupakan bekas abang iparnya.
Najib telah memberikan peranan penting kepada bekas pengikut Anwar termasuk Zahid Hamidi,Zambri,Hamdan Taha dan Ezam.Tujuannya adalah untuk menarik penyokong Anwar menyertai UMNO.
Bahya sedang menunggu dan PR perlu berwaspada.Kita tak mahu kehilangan negeri Pasir dua butir berulang kembali di negeri Selangor.
tok iskandar !
Setuju ... YB pakatan rakyat patut bersedia. Jangan sombong lagi.
Post a Comment