Jom kita cari duit
Salam ... !!!
Seperti yang dijanjikan .. lahirnya blog http://wartamayaniaga.blogspot.com/. untuk di linkkan kepada setiap iklan yang tertera di dalam blog wartamaya. Sila klik situ untuk mengintai intai ...
Blog tu Sedang di makeupkan ... di lipstick kan dan di eyeshadowkan ...
Dari sibuk sangat cerita pasal politik .. kita cari peluang cari wang juga. Pemimpin dah sah dapat gaji dan elaun. Bila dah naik .. tak tentu kita di pandang. Kan ke perjuangan itu mesti ikhlas? ... Tapi tak sangkut paut dengan diorang.
Kita ni dok menjerit jerit .. tekak sakit, musuh ramai, tapi tak kemana. Last last sekali kena mintak derma macam wak. Tak ke sedih nama nya ... Huhuhuhu !!!
Oleh itu .. sambil nyelam, kita minum air. Jangan sampai air masuk hidung, tersedak .. silap silap mati. Biar mati minum air, asal jangan mati di sumpah seranah orang.
Kita kekal kita. Kerani kekal kerani, petani kekal petani. Calun munkin jadi adun, tapi kita .. tanam cili, terus tanam cili ..
Tak yah la berangan nak jadi Mandela ke, Gandhi ke .. Gendut ke ...
Ok ...
8 comments:
Tahniah diatas berkembangnya Radenjowo Holding Bhd.Sukses..sukses! Dengan perkembangan sihat dalam wartaniaga,akan juga dimuatkan pasaran saham dan minyak donia.Dasat beb! Cayalah wak ! Aku jeless..aku jeless!! wakakaka..
Wak aku tak tahan la dgn sahabat yg email aku nak letak iklan 4D dalam blog aku wak, cilakak..betoll ! Tak patut..memang la kalau sambut leh tidor berbantalkan duit..adeh...ada juga melayu 4D rupanya!
Apapun aku sokong sepenuh tenaga dan kudrat ata pelancaran wartaniaga wak. Tak panggil MB S'gor tolong rasmi kaa? Wakaka..!!
tahniah wak...bravo wak...pandai ko nak redakan ketegangan tadi...hehehehe...betoi aper yg ko ckapkn tu wak...aper2 pun kta tau aper yg terbaik demi kehidupan dan survival kita....huahuahua....ekonomi penjana ummah...semoga beroleh kejayaan...dan jgn lupa bayo zakat beb
Wak...macam biasa kita kongsi, Wak saya baru diberi peluang untuk membangunkam rangkaian Wakil wakil Takaful Waqaf Jariah ini seluruh Malaysia.
Jadi email ke takafulforall@gmail.com untuk keterangan lanjut.
Pulangan 25% bagi setiap caruman atau penyertaan pelaburan Takaful ini.
Konsepnya adalah Wakallah.
Ramai yang mendesak Dun Perak dibubarkan dan pilihanraya diadakan kecuali Najib dan Mahathir.
Chua Soi Lek,GERAKAN,SUHAKAM dan NGO-NGO senada menyerahkan mandat kepada rakyat Perak memilih kerajaan negeri mereka.
Penganalisis politik pula meramalkan kejatuhan UMNO semakin hampir jika bertegas untuk menguasai Perak melalui pintu belakang.
Di kalangan pemimpin UMNO pula lebih rela kalah di Perak daripada tumbang di kesemua negeri dalam PRU akan datang.
Rakyat lebih melihat Nizar dan Sivakumar sebagai hero mereka jika dibandingkan dengan Zambri yang perasan setaraf Ghandi dan Ganesan yang mengaku speaker tapi tak sempat angkat sumpah.
Jika Dun Perak dibubarkan,PR perlu bersedia lebih awal.Sekarang boleh mulakan program siri ceramah di seluruh Perak untuk beri kefahaman kepada orang-orang Melayu yang ketika ini keliru dan percaya dengan tohmahan nizar penderhaka dan boneka DAP.
Jika ini berjaya dilakukan,tak mustahil kerusi BN yang tinggal hanya kerusi Zambri yang bergantung kepada undi pos TLDM di lumut.
Tapi jika Dun Perak tak jadi bubar ada 2 kemungkinan yang bakal berlaku.Mahkamah akan isytiharkan Nizar MB yang sah.Tak dapat tidak BN melalui speaker haramnya,Ganesan akan memanggil sidang khas Dun Perak agar BN dapat membuat undi tak percaya terhadap nizar.Kaedah inilah yang dipersetujui Mahathir kerana nampak tak rakus dan gelojoh.
PR boleh dapatkan injunksi mahkamah untuk halang speaker haram ni panggil dewan bersidang.Proses turun-naik mahkamah akan berlaku sehinggalah PRU akan datang.
Jika mahkamah isytihar zambri sebagai MB yang sah,BN mungkin akan memerintah Perak sehingga PRU akan datang.
Tok nak cadangkan jika Nizar sah sebagai MB Perak,elok digantung tugas penasihat undang-undang negeri Perak,SUK dan SU dewan undangan negeri Perak.KSN dah ulas perkara ni dengan hujah bukan bidangkuasa MB memecat mereka.Mungkin ada kaedah lain yang boleh melemahkan semangat beliau.contohnya beri mamat ni tugas bancuh kopi untuk MB atau pos surat.Gerenti mamat ni akan mintak tukar dengan kadar segera.
Persepsi rakyat melihat mereka inilah sebagai tok dalang yang merosakkan sistem demokrasi di Perak.
albanjari,
jangan jeles ... hang la tok gurunya. Hai buat buat tak tau lak..
Pasal 4D tu ... ambil je. lepas tu kalau ada untung buat bela babi. Sekarang babi dah mahal. wakakakak !!!
Nak suruh MB rasmi? Tak payahhhhh !!!! Bukan tak bagi, nak bayar minyak Lexus nya pun wak tak mampu. Kalau dia claim nanti, bergolok bergadai lak wak ... hehehe
AMANBANJAR,
caya sama gua... ni semua terpaksa buat sebab nak bayar shoutbox hang !
wakakakak !!!
Anonymous 3:22 AM,
jadik .... hehehe ..takut wak tak terkejar je ...
boleh minta kawan kawan join.
Salam WakRadenJowo,
Blog ni terlalu canggih. Berpusing-pusing saya cari posting ni. Habis minyak setengah tank.
Apapun, tahniah atas segala kejayaan. Itulah berkat usaha.
Post a Comment