Rakan WARTAMAYA

Sunday, April 10, 2011

Taib makin bimbang ...

Laman Sarawak Report Pula Digodam
SARAWAK 10 APRIL : Selepas TVSelangor, laman web Sarawak Report yang mendedahkan pelbagai penyelewengan Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud digodam menjelang pilihanraya negeri itu yang memasuki fasa kritikal minggu ini.

Jurucakap laman itu, Clare Rewcastle mengesahkan Sarawak Report menjadi sasaran pengodam, lapor Malaysiakini.

Brown berkata perbuatan tidak bertanggungjawab itu dipercayai didalangi oleh pakar-pakar upahan Taib atau Barisan Nasional untuk mengekang rakyat Sarawak daripada mendapatkan maklumat benar mengenai kerajaan negeri itu.

Beliau berkata usaha-usaha sedang diperhebatkan untuk memulihkan laman itu dalam tempoh terdekat.

Selain Sarawak Report, laman TV Selangor juga menjadi sasaran pengodam sejak beberapa hari lalu setelah laman itu mengkritik Taib dan urus tadbir kerajaan negeri BN pimpinannya.

TVSelangor sebelum ini mendedahkan kemiskinan tegar di kawasan pendalaman Sarawak, sekali gus gus menafikan pembohongan kerajaan BN bahawa hanya kira-kira tiga peratus rakyat negeri itu hidup dalam kemiskinan.

Share/Bookmark

0 comments:

Blog list