Rakan WARTAMAYA

Tuesday, April 12, 2011

Patung 'Ubah' hampir habis di pasaran


Mkini - Patung mainan burung kenyalang yang dihasilkan oleh DAP Sarawak bagi kempen pilihan raya negeri hampir habis dijual.

Menurut setiausaha publisiti DAP,Tony Pua, patung yang diberi nama “Ubah” dan dihasilkan sebanyak 30,000 itu dijual pada harga RM10 sebuah. Ia kini dilaporkan kehabisan di kebanyakan tempat di seluruh Sarawak.

Katanya, parti itu juga menghasilkan 30,000 patung yang lebih besar dan dijual pada harga RM60 sebuah.

“Kami baru bawa bekalan terakhir iaitu sebanyak 300 'Ubah' besar dari Kuala Lumpur. Apabila habis dijual, kita tidak akan hasilkan lagi,” katanya.

Beliau juga berkata terdapat banyak rungutan daripada penyokong DAP yang kecewa kerana tidak dapat membeli patung berkenaan.[ lagi ]
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list