Rakan WARTAMAYA

Tuesday, April 19, 2011

Melayu mampu bina kapalselam yang mampu menyelam


[...] Idris menambah, sekiranya Zulkifli Haron rakyat Jepun atau Amerika Syarikat, beliau akan menjadi jutawan seperti Bill Gates tetapi malang sekali Zulkifli ialah anak Melayu yang tinggal di Malaysia.

Justeru, ujarnya PAS memandang penting modal insan dan kepakaran yang Allah berikan kepada manusia, yang perlu dibangunkan dengan baik.

Persoalannya, kata beliau kenapa modal insan ini diketepikan begitu sahaja tanpa pembelaan dengan baik.

PAS, tegasnya yakin jika diberi kepercayaan orang Melayu tanpa unsur pilih kasih dan penindasan, orang Melayu mampu untuk membina kapal selam yang boleh menyelam.

Tambahnya, tetapi selagi dasar pilih kasih yang dijalankan oleh pemimpin Umno selagi itulah Melayu tidak boleh maju walaupun mempunyai inovasi yang tinggi.

Sebenarnya, kata beliau kajian-kajian dan penemuan baru yang dibuat di Pusat Pengajian Tinggi di Malaysia, malangnya ia hanya menjadi kajian ilmiah sahaja sedangkan penemuan-penemuan mereka adalah kontemporari.

Menurutnya, perkara ini berlaku kerana pemimpin negara ini hanya memandang hebat apa yang datang daripada luar.[ lagi ]
Share/Bookmark

1 comments:

Anonymous,  April 19, 2011 at 2:10 PM  

Buat kat Malaysia, fulus tak masyuuuukkkk larr

Jumpa seorang Koperat, penyokong tegar kerajaan..... dia kata Kapal Selam yang di bayar oleh kerajaan Malaysia sebenarnya 4 buah.... yang sampai dua, yang dua lagi tak datang-datang.........

Blog list