Mengapa takut dengan perubahan
Pagi ini terpampang amaran pemimpin UMNO agar pembangkang jangan bermain api. Amaran ini dikeluarkan oleh pimpinan UMNO kerana para pemimpin Pakatan Rakyat memulakan inisiatif membandingkan antara tuntutan Perubahan yang diungkapkan di Timur Tengah serta Afrika Utara dengan tuntutan Perubahan di Malaysia.
Sebenarnya apa yang Pakatan Rakyat lakukan sekadar mengingatkan kerajaan agar mengambil iktibar akan beberapa persoalan mendasar yang menjadi punca kemarahan penduduk di Libya, Mesir dan Tunisia misalnya.
Apakah peringatan yang diungkapkan kita agar kekayaan jangan hanya tertumpu kepada segelintir manakala masih ramai yang terpaksa membanting tulang untuk sesuap nasi itu suatu usaha meniup kebencian? Apakah usaha kita mendedahkan betapa 1.36 juta(34%) dari 4 juta pekerja di Malaysia dibayar kurang dari RM 700 sebulan, manakala 40% dari keseluruhan rakyat Malaysia hanya menikmati pendapatan isi rumah kurang dari RM 1500 itu suatu usaha hasutan? Hanya mereka yang memahami Demokrasi itu sekadar pilihanraya 5 tahun sekali menganggap usaha mengungkapkan kebenaran sebagai suatu hasutan.[ lagi ]
0 comments:
Post a Comment