Rakan WARTAMAYA

Sunday, February 13, 2011

Tak berani pilihanraya serentak



BN ‘setuju’ tiada pilihan raya umum, Sarawak serentak
Oleh G Manimaran February 13, 2011
KUALA LUMPUR, 13 Feb — Barisan Nasional (BN) dilihat tidak cenderung untuk mengadakan kedua-dua pilihan raya umum nasional dan negeri Sarawak secara serentak meskipun beberapa pemimpin negeri itu membawa idea tersebut pada mesyuarat perikatan itu kelmarin.

Sehubungan itu, difahamkan pilihan raya negeri Sarawak akan didahulukan dan dijangka berlangsung awal April ini.

“Memang ada idea daripada beberapa pemimpin Sarawak supaya kedua-dua pilihan raya umum pusat dan negeri Sarawak diadakan serentak kali ini, tetapi pandangan umum pemimpin BN ialah pilihan raya negeri perlu diadakan terlebih dahulu,” kata seorang pemimpin komponen BN yang menghadiri mesyuarat Dewan Tertinggi di ibu negara malam kelmarin.[ lagi ]

--------------------------
Wakakak ... tak larat nak bayar ...
Tak larat nak suap ...
Tak larat nak rasuah ,..
Tak larat nak buat projek mee segera .....
Kalau tak suap ... kantoi ..
Wakakak !!!

Share/Bookmark

0 comments:

Blog list