Rakan WARTAMAYA

Wednesday, February 16, 2011

Lepas jatuh, kena siasat ...


Kes rasuah Mubarak disiasat

KAHERAH 15 Feb. - Peguam Negara Mesir, Abdul Meguid Mahmoud semalam mula menyiasat dakwaan rasuah terhadap bekas Presiden Hosni Mubarak berikutan permintaan daripada persatuan peguam negara ini.

Persatuan Peguam Mesir telah meminta pendakwa raya menyiasat sumber kekayaan Mubarak yang didakwa bernilai di antara AS$40 bilion (RM124 bilion) hingga AS$70 bilion (RM217 bilion).

Namun para peguam berkata, permintaan mereka adalah berasaskan laporan media dan kerana itu mereka menyeru 'rakyat yang berani' supaya mengemukakan sebarang bahan bukti yang ada pada mereka.[ lagi ]

----------------------------------------
Hah .. ni yang depa dok takut sangat nih ...
Lepas kena singkir ... kena pula siasat ..
Kalau nasib tak baik .. harta kena beku, nama jadi busuk, tembelang pun terbongkar
Tu pasal manusia cam ni susah sangat nak letak jawatan.
Muakakak !!!

Share/Bookmark

0 comments:

Blog list