Rakan WARTAMAYA

Tuesday, February 15, 2011

Amerika terkena pobia Muslim Brotherhood


Siapa Ikhwanul Muslimun?

Ia adalah parti pembangkang yang terkuat di Mesir sejak sebelum tumbangnya sistem pemerintahan beraja tahun 1951 dulu lagi.

Dalam penggal Parlimen Mesir sebelum Pilihan Raya yang terbaru ia mendapat 20 peratus keanggotaan. Dalam pilihan raya tidak bebas dan tidak saksama atau pilihan raya penuh penipuan baru-baru ini, Hosni Mubarak dengan bantuan Amerika dan Israil dapat mengurangkan pengaruhnya dalam Parlimen tetapi tidak di luar Parlimen.

Ikhwanul Muslimun adalah gerakan dakwah dan politik yang ditubuhkan oleh Imam Hassan Elbanna, seorang reformis Islam yang penting di abat 20, yang berjuang untuk menegakkan Islam sebagai sistem hidup dan pemerintahan seperti yang kehendaki oleh Nabi Muhamad SAW dan pernah disempurnakan sebaik-baiknya oleh Khalifah Umar Abdul Aziz yang menjadi ikon Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang.

Guan Eng mahu mencontohi pimpinan dan kejayaan Umar Abdul Aziz. Itulah yang diperjuang dan yang hendak ditegakkan oleh Ikhwanul Muslimun di Mesir.

Pengaruhnya mendapat sambutan meluas umat Islam Mesir dan berkembang luas di seluruh benua Arab. Ia menjadi cabaran dan alternatif kepada pengaruh dan peradaban barat di Mesir dan negara Arab lainnya.[ lagi ]
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list