Rakan WARTAMAYA

Sunday, January 23, 2011

Seludup wang: Siasatan jangan pilih kasih


SHAH ALAM 23 JAN : Kerajaan digesa agar semua pelaku yang terlibat dalam skandal aliran keluar wang haram perlu dihadapkan ke muka pengadilan tanpa berlaku sebarang pilih kasih, tegas Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.

Ujarnya, masalah ini perlu ditangani secara agresif walaupun pesalahnya terdiri daripada orang kenamaan kerana ia melibatkan masa depan negara.

Menurut laporan GFI, aliran keluar wang haram dari Malaysia pada 2000 berjumlah RM67.7 bilion (AS$22.2 bilion) namun lapan tahun kemudian, melonjak kepada RM208 bilion (AS$68.2 bilion).

Jumlah itu setelah dikumpulkan berjumlah RM888 bilion (AS$291 bilion) sepanjang tahun 2000-2008.

" Akhirnya kita mahukan semua pesalah dan pelaku perkara ini mesti dihadapkan dengan tidak melindungi siapa pun walaupun menteri besar, menteri, perdana menteri atau pihak-pihak dalam Pakatan Rakyat," katanya kepada Tv Selangor. [ lagi ]

-------------------------
RM888 billion bukan sikit bro ...
Giler ... !

Share/Bookmark

0 comments:

Blog list