Sebenarnya siapa yang derhaka?
[...] Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar telah menyatakan yang semua Adun BN telah diarah untuk menghadziri Persidangan khas itu tetapi tidak bermakna pindaan akan diluluskan. Noh berkata perkenan Tuanku Sultan untuk Dewan Undangan bersidang tidak semestinya Tuanku mahu undang-undang itu dipinda.
Noh seterusnya menuduh yang Tan Sri Khalid Ibrahim durhaka kepada Sultan kerana Khalid mahu kuasa perlantikan pegawai itu dibahagi-bahagikan dengan Tuanku Sultan. Dengan kenyataan Noh itu menunjukkan yang Umno sedang mencari helah untuk menutup malu kerana sebenarnya Umno tidak mahu pindaan itu diluluskan untuk memberikan kuasa itu kembali kepada Tuanku Sultan.
Apa pun alasan yang diberikan oleh Umno, kita mesti ingat satu perkara; mahu kah atau tidak Umno mengembalikan kuasa yang pernah dipegang oleh Tuanku Sultan dikembalikan kepada Tuanku. Jika mahu, Umno tidak payah bercakap banyak, hanya sokong sahaja pindaan itu untuk membuktikan yang Umno benar-benar jujur untuk melihat Tuanku mendapatkan kembali kuasa yang pernah dipegang oleh Tuanku Sultan.
Jika Umno tidak mahu menyokong pindaan itu maka ianya membuktikan yang Umnolah yang berdegil untuk tidak mahu memberikan Tuanku Sultan untuk berkuasa melantik 3 pegawai tertinggi kerajaan negeri itu. Itu sahaja dan tidak payah berdolak dalik dan memutar belitkan isu yang sudah jelas boleh dibaca oleh orang yang pandai membaca dan sedikit menulis.[ lagi ]
1 comments:
melayu umno dancyg bersekutu mudah luper. Mamakmanda Kutti lagi ler luper.. nyanyok teruss
Post a Comment