Rakan WARTAMAYA

Monday, January 3, 2011

PR tak banyak bagi masalah sebenarnya ...


Khusrin daftar masuk, MB mengadap Sultan
[..] Beliau juga mengelakkan diri daripada sekumpulan wartawan yang menunggunya di pintu masuk bangunan itu sejak awal pagi.

"Tiada masalah,” katanya sebelum terus menyelinap ke dalam bangunan di Shah Alam itu.

Khusrin yang memakai sut kelabu berbelang, kemeja putih dan tali leher masuk ke pejabatnya kira-kira pukul 7 pagi selepas kenderaannya dilihat melalui pintu masuk bangunan SAAS pukul 6.45 pagi.

Beliau diiringi dua pengawal keselamatan kerajaan negeri ketika masuk ke pejabatnya.

Bagaimanapun, adalah dipercayai beliau masih belum melaporkan diri kepada Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Menurut sumber dari pejabat menteri besar, tiada arahan dikeluarkan bagi menahan Khusrin daripada pergi ke pejabat setiausaha kerajaan negeri yang terletak pada tingkat 19 bangunan itu.

"Tidak akan berlaku konfrontasi... Sudah tentu, beliau boleh masuk tetapi sama ada beliau akan bekerja untuk kita (kerajaan negeri Selangor) adalah cerita lain,” kata sumber itu.

Anggota dan pegawai polis daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dilihat berjaga-jaga di lobi bangunan itu.[ lagi ]

--------------------------------------
PR tak biasa lakukan kekerasan
Cuma BN jer yang macam tak der akal .. wakakak !!!

Baca ini juga ...
Be careful, Selangor — N.H. Chan (B. Inggeris)
MB Khalid perlu ‘cermat’ rujuk isu SUK Selangor di mahkamah, kata bekas hakim (B. Malaysia)
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list