Krismas: Ridhuan Tee pertahan Najib, tidak mahu Putrajaya minta maaf
KUALA LUMPUR, 2 Jan — Kolumnis kontroversial Mingguan Malaysia Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempertahankan dakwaan permintaan pegawai-pegawai Datuk Seri Najib Razak agar simbol-simbol Kristian dialih dan tidak diadakan doa selamat ketika perdana menteri menghadiri majlis jamuan teh sempena sambutan Hari Krismas minggu lalu.
Malah dalam ruangannya disiarkan hari ini, Ridhuan juga mengecam pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat khususnya Ahli Parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad, yang meminta Najib agar memohon maaf berhubung perkara tersebut.
Seterusnya, Ridhuan juga berkata, jikapun benar permintaan sedemikian Najib dan pegawai-pegawainya tidak perlu memohon maaf atas tindakan mereka dan ia bukan satu perkara berat.
“Pada saya, jika benarlah berita tersebut, permintaan pejabat Perdana Menteri itu tidaklah terlalu berat.
“Ia tidak ada kaitan langsung dengan tindakan untuk menghalang kebebasan beragama kecuali mereka yang ingin mendapatkan laba politik,” kata beliau dalam tulisan terbaru bertajuk “Politik murahan yang memualkan”.[ lagi ]
0 comments:
Post a Comment