Amaran kepada diktator Arab
KAHERAH - Kesabaran manusia ada batasnya.
Dan kini, penduduk Arab hilang sabar selepas puluhan tahun dihimpit masalah kemiskinan dan terpaksa membisu apabila melihat pemimpin mereka merompak harta negara melalui rasuah yang berleluasa.
Konflik di Mesir menjadi amaran terbaru kepada pemimpin diktator di seluruh dunia Arab dan Afrika Utara yang pastinya kini semakin tidak senang duduk selepas puluhan tahun menindas rakyat demi kepentingan diri.
Ini kerana haruman revolusi tidak hanya dapat dihidu di Mesir dan Tunisia, tetapi juga di seluruh rantau itu.
Menyaksikan keberanian saudara mereka, penduduk Algeria, Yaman, dan Jordan, turut melancarkan protes menentang pemerintahan kuku besi di negara masing-masing.
Rata-rata mereka tidak berpuas hati dengan kadar kemiskinan dan pengangguran tinggi disebabkan dasar ekonomi tidak cekap dan rasuah kronik, selain menuntut hak kebebasan sebagai orang awam.
Tidak hairan jika ramai penduduk dunia Arab berharap kebangkitan yang mula tercetus di Tunisia dan kini sedang berlangsung di Mesir terus merebak ke negara Arab lain sebagai menandakan permulaan pemerintahan era baru. [ lagi ]
1 comments:
Nampaknya sama macam Malaysia aje.
Jangan Malaysia jadi Tunisia dan Mesir sudahlah.
Kerajaan Najib ambillah iktibar dari kedua negara tersebut.
Jagalah kebajikan rakyat jangan asyik menindas aje.
Rakyat sekarang dah senak.
Ramai yang kais pagi makan pagi.
Padahal Malaysia kaya raya.
Apa kata buat permulaan ni turunkan harga minyak.
Kemudian turunkan pula harga barang keperluan.
Kalau Kerajaan Najib buat tak peduli.
Jangan salahkan rakyat kalau mereka mengamuk macam di Tunisia dan Mesir.
Ada rakyat ada Kerajaan.
Takda rakyat takda Kerajaan.
Kuasa ditangan rakyat.
Kalau Kerajaan nafikan.
Tunggulah akibatnya.
Post a Comment