Harga Petrol RON97 Naik 15 Sen
KUALA LUMPUR: Harga petrol RON97 dinaikkan sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter mulai tengah malam, Rabu menurut sumber hari ini.
Bagaimanapun, harga petrol RON95 kekal tidak berubah pada RM1.85 seliter.
Harga petrol tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.
Pada 1 November lepas, harga petrol RON97 dinaikkan 5 sen menjadi RM2.15 seliter. - BERNAMA
---------------------
Ni petua yang diberikan oleh orang, Kalau nak kurangkan penggunaan minyak ...
1. Kalau biasa isi RM50, isi RM20 ....
2. Kalau biasa jalan 100 km, kurangkan perjalanan kepada 50km
3. Kalau dulu bawak kenderaan sendiri, sekarang ni cuba tahan kereta kawan.
4. Naik bas, kereta biar kat rumah buat tukun.
5. Kalau dulu naik motosikal, sekarang cuba naik basikal. Kalau rumah jauh dari tempat kerja, bangun awal, seawal jam 3 pagi.
6. Cuba nasib main nombor ekor, kalau menang, boleh isi minyak guna duit tu.
7. Kalau susah nak menang, cuba ngangkong .. muakakak !!
8. Cuba bincang dengan anak, kalau kalau boleh guna duit tabung hari raya yang lepas untuk isi minyak.
9. Nak jimat minyak lagi .. cuba bincang dengan gerombolan untuk gunakan kadnya sebagai kad diskaun .. kalau boleh, pru13 nanti undi BN ramai ramai ... wakakakak !!!
10. Kalau tak dapat .. bodoh. Undi 10, kali, naik minyak 20 kali ... muakakakakak !!!
Bangang .... he he he
...