Rakan WARTAMAYA

Wednesday, December 15, 2010

Terhegeh .. hegeh ... !


Kerugian MAS: SPRM temui bukti baru kes Tajuddin
KUALA LUMPUR, 15 Dis — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mendedahkan wujudnya bukti baru dalam siasatan kes melibatkan Tan Sri Tajuddin Ramli.

Pengerusi Panel Penilaian Operasi SPRM Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil berkata, siasatan rasuah yang melibatkan bekas pengerusi eksekutif Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) itu masih berjalan, namun menolak untuk menghuraikan lebih lanjut.

“SPRM masih lagi menyiasat (kes) Tan Sri Tajuddin Ramli berhubung dakwaan rasuah.

“Terdapat bukti baru bagi kes Tajuddin Ramli, tetapi kita tidak boleh dedahkan apa-apa butiran. Terdapat saksi-saksi baru, tetapi dengan semua kes rasuah ini, ia hanya boleh disiasat jika saksi tampil ke hadapan,” kata Hadenan pada sidang media hari ini.

MAS mengalami kerugian sehingga RM8 bilion ketika Tajuddin menjadi pengerusi eksekutif yang mana terdapat laporan pernah dibuat terhadap beliau.[ lagi ]


Kalau PR tu .. pergh .. segera ...
Orang sendiri .. terhegeh, hegeh ..... wakakakak !!!

Share/Bookmark

0 comments:

Blog list