Rakan WARTAMAYA

Wednesday, December 29, 2010

Siapa guna isu perkauman? ... wakakak !!!


Politik rasis tidak berjaya di Malaysia

KUALA LUMPUR 28 Dis. - Propaganda politik yang menggunakan isu perkauman bagi meraih sokongan daripada rakyat oleh pembangkang sekarang sudah dirancang dengan teliti namun ia tidak akan berkesan di negara ini.

Profesor Ulung, Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin berkata, pembangkang sekarang bukan lagi seperti zaman dahulu kerana mereka berduit serta mendapatkan khidmat nasihat pakar strategi dari luar negara.

"Namun kita lihat amalan politik rasis di Malaysia hanya berani disuarakan di tempat-tempat tertentu seperti di Parlimen atau ceramah tertutup kerana pelakunya takut dikenakan tindakan undang-undang.

"Saya percaya kita tidak mudah terpengaruh dengan permainan politik perkauman kerana memiliki kewarasan yang tinggi dan seterusnya tidak menjejaskan hubungan baik antara semua kaum di negara ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin yang mahu para pemimpin pembangkang menghentikan segera propaganda politik mereka dengan menggunakan isu perkauman bagi meraih sokongan daripada rakyat.[ lagi ]

-------------------
Ntah ape ape la ... muakakak !!!

Share/Bookmark

0 comments:

Blog list