Rakan WARTAMAYA

Tuesday, December 21, 2010

Santa Claus tentu Happy ... !


Hari Krismas: Diskaun tol 6o sen dan 20 sen
KUALA LUMPUR, 21 Dis – Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (Litrak) dan Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Sdn Bhd (Sprint) akan memberikan diskaun tol 60 sen bagi pengguna Lebuhraya Damansara-Puchong dan 20 sen di Lebuhraya Sprint dalam tempoh 24 jam, mulai pukul 12.01 tengah malam hari Sabtu ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Litrak Sazally Saidi dalam satu kenyataan berkata, diskaun bersempena hari Krismas itu adalah untuk dinikmati oleh kenderaan dari semua kelas.

Sementara itu, sempena Konsert Gemuruh Double Trouble 2010 Sabtu ini, Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) mengumumkan akan melanjutkan masa perkhidmatan bas Syarikat Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL) dan juga Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) Stesen LRT Kelana Jaya bagi kemudahan penonton.[ lagi ]
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list