Rambut sudah panjang
Biasa la .. sebulan sekali rambut kena potong. Kalau tidak, muka aku dah macak orang utan. Semalam, waktu kelapangan singgah ke kedai favourite .. Dari jauh, si tokey dah senyum. Mungkin dalam hati berkata, "Wahhh Rezeki aku lagi".
"Potong cam biasa ka encik", tanya Maniam sambil mengibas kain yang digunakan untuk menutup tubuh. "Ya ...cam biasa la boss", aku jawab.
Maniam sudah buka kedai gunting sejak 20 tahun yang lepas. Usia nya sudah lanjut, tapi tangannya masih lagi terus menggunting kerana anak-anak nya masih perlu dibantu. Itu katanya.
Macam kebiasaan, sambil menggunting, sambil tu la Maniam bercerita tentang kisah masa kecilnya.
"Dulu manyak syok encik .. Puasa punya jam, saya buka puasa sama orang Islam. Dulu dalam estate, kita ada 4 orang Melayu, lain semua india. Cina tarak", katanya lagi.
Melayu bikin apa, kita mesti ada. India bikin raya, Melayu pun ada. Melayu cakap India, India cakap Melayu. Kita serupa adik beradik", sambung Maniam.
"Sekarang?", aku cuba bertanya.
"Sekarang aaaa ... Sekarang banyak teruk. India sama Melayu sudah tarak ngam. Kampung sudah jadi pekan. TV sana ada, sini ada. Melayu sudah tarak ngam sama India. Muka banyak senyum, tapi hati ada takut-takut. Saya punya anak sudah tarak makan rumah Melayu, anak orang melayu sudah tarak makan dekat rumah India. Raya kalu baru mau mari .. Memang tadak serupa dulu. Banyak tadak syok", kata Maniam lagi.
Panjang bercerita .. sudah sampai waktu bercukur .. Dalam hati berkata,"Aduhai ... kalau Maniam ni nak bunuh aku pun boleh ni .. Tinggal hiris kat leher jer .. aku boleh jalannnnn ..."
Tapi aku percaya, Maniam adalah rakyat produk 50an. Dia tak macam yang kita sangka. Yang aku bimbang adalah produk sekarang. Ketika media memainkan banyak sentimen perkauman dan angkat-angkat keris, nyawa mungkin mudah terbang. Semua orang sudah mula berdendam. Tunggu silap sikit ...
Dalam hati bertanya, "Siapa punya angkara sampai kita berpecah belah" ... Sedangkan aku tau jawapannya. Umngokkkk ... !
1 comments:
Artikel yang menarik
Post a Comment