Rakan WARTAMAYA

Thursday, December 30, 2010

Pendapatan tak menentu, beban bayar balik PTPTN


Saya adalah bekas pelajar di universiti awam dimana kos pengajian saya adalah melalui pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Setelah pendedahan demi pendedahan diutarakan dalam akhbar-akhbar milik Kerajaan Pusat, kini PTPTN merancang untuk memastikan para peminjam membayar balik pinjaman pengajian mereka melalui potongan gaji bermula pertengahan tahun 2011. Pada pandangan saya, ini boleh memberi bebanan kepada para peminjam khususnya yang baru tamat pengajian.

Pinjaman PTPTN kebiasaannya adalah pilihan terakhir setelah segala usaha untuk mendapatkan pinjaman/biasiswa pengajian daripada sumber lain seperti yayasan negeri dan lain-lain tidak berjaya. Ini adalah kerana umum mengetahui bahawa kos pentadbiran yang tinggi yang menjadi penyebab utama bebanan peminjam untuk membayar balik pinjaman tersebut. Kehidupan para pelajar selepas tamat pengajian masih tidak menentu kerana pasaran kerja yang amat terhad tidak seimbang dengan berpuluh ribu jumlah graduan yang baru tamat pengajian setiap tahun.[ lagi ]
Share/Bookmark

1 comments:

Anonymous,  December 31, 2010 at 6:08 AM  

Salam, saya dahulu adalah peminjam MARA... sebagai nasihat utk adik2... pinjaman/hutang wajib dibayar, cumanya kalau tak mampu bayar ansuran besar, kita bayarlah hutang berkenaan secara ciput-ciput. cth ketika saya baru kerja sebg trainee, saya pernah kirimkan wang pos sebulan RM100 utk byr pinjaman, ye la, baru keje, mana belanja harian, utk api-air, bagi ibu bapa, bg adik2...

cuma janganlah kirim cheque... kerana ini menunjukkan kita bole buka simpanan semasa, takkan gaji bawah seribu kut????

Blog list