Rakan WARTAMAYA

Friday, December 10, 2010

Lupa asal usul


PKR punca isu ketuanan Melayu – Dr. M
KUALA LUMPUR 9 Dis. – Perbuatan tidak bertanggungjawab pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang membangkitkan soal ketuanan Melayu untuk meraih keuntungan politik adalah punca utama menyebabkan isu itu kembali hangat dibincangkan.

Bekas Perdana Menteri, Tun. Dr. Mahathir Mohamad berkata, pemimpin parti itu yang beliau sifatkan sebagai mempunyai sifat perkauman, sengaja membangkitkan isu berkenaan semata-mata bagi mendapat sokongan daripada golongan tertentu.

‘‘Isu ini mula tercetus apabila ada pihak yang mula mempersoalkan kedudukan orang Melayu di negara ini. Jika tiada siapa menimbulkan perkara ini, orang Melayu tidak akan menjawab dan mempertahankan hak mereka.

‘‘Malangnya, apabila orang Melayu menjawab, mereka dituduh sebagai melanggar hak asasi manusia dan bersifat perkauman manakala pihak yang mempersoalkan ketuanan Melayu pula tidak dilabelkan dengan gelaran sama,” katanya.[ lagi ]


Eeee ... sapa lu .. wakakaka !!!
Sedar la diri sikit .. .muakakak !!!
Nama pun start dari M ... he he he

Share/Bookmark

1 comments:

abdullahngah,  December 10, 2010 at 4:19 PM  

siapakah yang mula mula buat angkaranya tidak lain dan tidak bukan ialah bekas perdana menteri Tun Dr mahathir Mohamad.

Orang yang IQnya rendah saja yang mudah lupa.Namun orang Melayu tak mudah lupa dengan rencana bekas perdana menteri yang menerajui negara selama 22 tahun itu.

Bukti terbaharu, Tun Mahathir minta orang Melayu lupakan keturunan yang bermakna tak mahu lagi dengan Melayu yang sinonim dengan raja raja Melayu.

Blog list