Gelembong mende ni? ... muakakak !!!
Ape ke bende ni ... ?
Kerana tak boleh beri bukti BN-UPCO maka di gantung 6 bulan?
Makcik peah kat Felda mungkin percaya cerita ni ....
Kalau ada tulur ... beri peluang la mangkok oiiii .. !
Muakakakak !!!
-------------------------------------------------
Anwar Gagal Kemuka Bukti Dakwaannya Dalam Isu APCOKUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang digantung daripada persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan telah diberi peluang untuk membela diri dan mengemukakan bukti mengenai kenyataannya mengaitkan konsep 1Malaysia dan firma perunding antarabangsa APCO Worldwide dengan kempen One Israel.
Anggota Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen Datuk Razali Ibrahimberkata, Anwar telah diberikan tempoh dua hari semasa sesi persidangan DewanRakyat minggu lepas untuk membela diri tetapi tidak mengambil peluang itudan bertindak seolah-olah mahu melengah-lengah keputusan mengenai kes itu.
"Kami (Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen) telah beri ruang yang luaskepada beliau (Anwar) tapi dia tidak mengambil peluang itu.
"Dia cakap dia ada bukti dokumen mengenai dakwaannya, dan kami minta diabuktikan, tapi dia tidak pernah kemukakan bukti," katanya kepada pemberita dipejabatnya di bangunan Parlimen di sini Isnin.[ lagi ]
0 comments:
Post a Comment