Rakan WARTAMAYA

Friday, December 3, 2010

Diesel akan naik harga?

Harga diesel mungkin diseragam

KUALA LUMPUR 2 Dis. - Jawatankuasa Bersama Bagi Membanteras Penyelewengan Diesel Bersubsidi sedang mengkaji kemungkinan diseragamkan harga bahan api untuk semua sektor bagi mengelak penyelewengan berterusan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar) berkata, pada masa sekarang wujud perbezaan harga yang ketara apabila diesel untuk industri dijual sebanyak RM2.05 seliter berbanding harga yang telah disubsidi kepada nelayan sebanyak (RM1.25) dan kenderaan pengangkutan darat (RM1.48).

''Perbezaan harga antara diesel yang dijual kepada nelayan dan industri adalah sebanyak 80 sen dan kalau ada yang nakal untuk menjual bahan api bersubsidi kepada pihak industri lebih tinggi 50 sen pun, banyak yang mereka boleh jual.[ lagi ]


Apa bezanya selaras dan seragam?
Ingat pasal selaras ni?
Bagaimana bila cerita pasal seragam ... harga barang akan naik ...wakakak !!!

Share/Bookmark

2 comments:

Artzlizan December 3, 2010 at 6:22 AM  

nanti darah jugak yang naik...

adf55650 December 3, 2010 at 10:30 AM  

Kalau PAS memerintah, harga minyak akan turun sehingga 10 sen seliter agaknya.

Blog list