Rakan WARTAMAYA

Friday, December 3, 2010

Baca betul betul .. muakakak !!!

Pemimpin pelajar diingatkan tidak terjebak fitnah media pembangkang

JAKARTA 2 Dis. - Pemimpin pelajar Malaysia yang menuntut di luar negara diingatkan supaya tidak terjebak dengan fitnah yang ditabur oleh media yang menyokong pembangkang.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, media berkenaan sangat mahir dalam memutarbelitkan sesuatu fakta, walaupun ia adalah satu fitnah dan pembohongan. (Ini Buktinya media pembangkang teruuih mendapat sambutan dari kunjungan pelayar internet.... muakakakak !!!) ...............

Terdahulu beliau mengadakan dialog dengan pemimpin pelajar Malaysia di Indonesia.

Turut hadir ialah Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan dan Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia, Datuk Dr. Junaidy Abu Bakar.

Kata Muhyiddin, pada masa yang sama pemimpin pelajar berkenaan juga meminta kerajaan supaya memantau media yang menyokong kerajaan agar melaporkan berita yang mempunyai asas, benar dan telus. (Ini buktinya pelajar tau yang media arus pedana memang buat cerita tak betui .... muakakakak !!!)

Dalam pada itu Muhyiddin berkata, satu seminar akan diadakan di Jakarta bagi memberi penjelasan tentang gagasan 1Malaysia yang belum difahami secara mendalam oleh pelajar Malaysia di Indonesia, walaupun mereka menyokong gagasan berkenaan. (Ini buktinya pelajar tak paham makna 1Malaysia kerana pemimpin cakap dolak dalik ... muakakakak !!!)

Seminar itu juga, ujar beliau boleh disertai oleh rakyat Malaysia di Indonesia dan pakar dari Kuala Lumpur akan dibawa bagi memberi penjelasan serta berinteraksi dengan para peserta.
Lagi di – utusan
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list