Rakan WARTAMAYA

Sunday, November 7, 2010

Tak tipu, bukan lah BN.

Banjir: BN berlakon, tuduh melulu, kata PAS

Kerajaan negeri Kedah telah memperuntukkan hampir RM1 juta untuk
membantu mangsa banjir di samping RM500,000 daripada wang zakat yang
diumumkan Sultan Kedah semalam.

Exco kerajaan negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, soal kerajaan
negeri tidak membantu mangsa banjir tidak berbangkit langsung di
negeri ini.

"Yang menjadi masalah adalah media yang tidak membuat liputan untuk
kerajaan negeri," kata beliau.

Kerajaan negeri, katanya, telah menubuhkan Bilik Gerakan Banjir
peringkat negeri dan daerah.

Di peringkat negeri ia diketuai oleh Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri
manakala di daerah di ketuai Pegawai Daerah.

"Memandangkan SUK di Mekah, Timbalan SUK, Datuk Haji Ahmad Mat Isa
yang ketuai operasi ini," kata Phahrolrazi kepada Harakahdaily.

Selain jentera kerajaan, NGO dan parti politik khasnya PAS dan Pakatan
Rakyat juga terlibat.

"Dakwaan Shahrizat Jabatan Kebajikan Masyarakat agensi pusat tak
betul. Pengarahnya staff kerajaan negeri. Ia agensi bersama," katanya.

Beliau mengaku jabatan itu paling banyak membantu magsa di samping
kerajaan tempatan, polis, bomba dan juga jabatan kesihatan dan
pelajaran.

Hari ini, kata Phahrolrazi, pihaknya bersama JKR akan bersama syarikat
yang menjaga konsesi trek berkembar, Gamuda, akan menyiasat kalau
projek itu menyebabkan laluan banjir tersekat.

Tuduhan melulu

Dalam perkembangan berkaitan, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar
berkata dakwaan Kerajaan Persekutuan bahawa Kerajaan negeri Kedah
melepaskan tanggungjawab untuk membantu mangsa banjir di negeri itu
adalah tuduhan melulu.

Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena berkata, sejak dari awal
banjir melanda negeri itu, kerajaan negeri sudah mengambil tindakan
membantu mangsa banjir termasuk memastikan pusat penempatan sementara
mencukupi.

"Tuduhan mengatakan kerajaan Negeri Kedah tak ambil tahu masalah
mangsa banjir satu tuduhan yang sangat melulu, yang dibuat oleh BN.

"Kerajaan negeri menyediakan bantuan untuk diagihkan kepada mangsa
banjir termasuk sumbangan daripada PAS sendiri, wakil-wakil rakyat dan
sumbangan orang ramai," kata Mahfuz.

Ujarnya, media hanya membuat laporan berdasarkan kenyataaan pempimpin
Umno, tanpa mengikuti sendiri perkembangan dan usaha yang dilakukan
kerajaan negeri.

"Media juga memberikan laporan yang tak betul. Kata tak ada pemimpin
Pakatan Rakyat yang turun dan sebagainya. Media tak pernah pun ikut
kita. Kita pun tak fikir waktu banjir ini nak panggil media, tak
sempat nak tunggu media datang untuk kita redah kawasan banjir.

"Kalau nak tunggu media datang baru nak pergi kawasan banjir,
bermasalah juga. Mana nak jaga orang media, mana nak bawa bantuan, bot
pun tak cukup.

"Kita tak ada masa nak ambil gambar, nak berlakon, jadi kita pergi
semata-mata untuk bagi bantuan. Sharizat datang sehari dua sahaja,
bukan pergi semua kawasan pun," katanya.

Semalam, Bernama melaporkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin
Yassin meminta kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS supaya tidak
melepaskan tanggungjawab untuk membantu mangsa-mangsa banjir di negeri
itu kepada kerajaan pusat semata-mata.

Sebaliknya, kata beliau kerajaan negeri perlu meningkatkan koordinasi
dalam usaha melicinkan penyaluran pelbagai bantuan termasuk bekalan
air bersih kepada mangsa banjir.

"Kerajaan negeri tidak boleh terlepas daripada tanggungjawab. Dia
tidak boleh serah kepada (kerajaan) pusat. Jikalau beban besar,
kerajaan negeri perlu bersama melaksanakan tanggungjawab.

"Bidang kuasa negeri seperti bekalan air bersih terletak dalam bidang
kuasa negeri," katanya. - mkini
---------
Hanya manusia yang bodoh saja percaya tipu helah mereka. Segala
gelembong dan kelentong hanya lah untuk ahli mereka yang sekian lama
percaya dengan tahyul mereka...wakakaka!!!
Share/Bookmark

4 comments:

Anonymous,  November 7, 2010 at 10:06 PM  

umno memang bodoh.tak abis-abis menipu.

TOK WALI PAS,  November 7, 2010 at 11:19 PM  

PAS KEDAH NAK TUTUP KELEMAHAN KERANA TAK TOLONG ORANG

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

LAWAK LA ENTRI KO NI

Anonymous,  November 8, 2010 at 12:58 AM  

salam tuan...

aik depa nih cakap bukan main sombong lg eh...tu pun lepaih menang prk bebaru.

masa nak rayu undi abih segala jentera sepusat sepusit depa duk pulas paksa turun,tiba kena banjir perasan konon-konon macam mak bapak depa punya harta nak kedekut..ceh

al-yasinu

orang kedah,  November 8, 2010 at 12:58 AM  

puak sarkis kerih telanjang nie tak pernah cakap betoi....dok kegha nak menipu saja.....ati perut tu dok mengkai busuk......macam che det kata....busuk sampai ke usus......

padan laa dpt wartawan dari meloya n hairan......pemuhong bagi dua..........

kah kah kah..........

Blog list