Rakan WARTAMAYA

Sunday, November 7, 2010

Leman bantu mangsa banjir

"Hanya Parti kami yang bantu rakyat ketika banjir ini", kata Leman
ketika ditemubual.

"Berapa banyak yang YB belanjakan?", tanya wartawan.

"Uhhh..lebih kurang RM3 juta untuk beli dapor untuk mangsa banjir. ",
jawab Leman dengan gaya penuh bangga.

Selepas temubual, Tok Moh bertemu Leman.

"Banyak duit kamu Leman, boleh belanja sampai RM3 juta...", sapa Tok Moh.

"Bukan duit aku Tok ..tapi duit tajaan syarikat koperat", jawab Leman.

"Aikkk...kau cuma orang tengah je la", kata Tok Moh.

"Biasa la Tok...politik. Bantu untuk dapat nama. Bukan duit sendiri
pun. Cuma perlu tunjuk muka kat TV...hehehehe!!!", balas Leman.

"Tu pun ada si bodoh yang caya ye Leman", kata Tol Moh.

"Biasa la Tok. Sebab ada yang bodoh la maka saya masih hidup dan masih
ada kuasa ...wakakaka!!!", jawab Leman.

"Tapi Leman...dapor kau beli, tong gas nya tak bagi sekali ke?", tanya
Tok Moh lagi.

"Hahaha..tong gas depa beli sendiri la Tok. Separuh duit tu saya dah
belasah untuk beli keta baru...hehehe!", kat Leman sambil ketawa.
Share/Bookmark

Blog list