Rakan WARTAMAYA

Thursday, November 18, 2010

Fwd: Aduhai ... tembak lagi

Sedap betul nko melastik anak ayam tu Leman ..." tegur Tok Moh.
Alahaai Tok ... nak masuk padang sasar mahal lak belanjanya .. tembak
je anak ayam tu .. murah dan efective plak tu ... muakakakak" Jawab
Leman.
--------------------------------------
Selepas Aminulrasyid, Polis Tembak Mati Pula Remaja 16 Tahun
Oleh Suara Keadilan

aminulKUALA LUMPUR 18 Nov - Badan hak asasi manusia, Suara Malaysia
(Suaram) mengutuk keras tindakan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang
menembak mati tiga suspek anak muda yang disyaki terlibat dalam satu
kes rompakan sebuah stesen minyak di Glenmarie, Shah Alam pada
pukul 4.15 pagi 13 November lalu.

Malah dalam kejadian itu salah seorang yang ditembak mati oleh anggota
polis adalah remaja di bawah umur berusia 16 tahun, Mohd Shamil Hafiz
Shafie.

Kematian tragis Mohd Shamil merupakan remaja bawah umur yang kedua
ditembak mati oleh polis selepas kes kematian Aminulrasyid Anzah, 14
tahun pada 26 April tahun ini.

"Kami amat kecewa atas alasan polis terhadap insiden tersebut yang
menuduh bahawa polis terpaksa menembak mati ketiga-tiga suspek kerana
ketiga-tiga  menyerang polis dengan menggunakan parang. Kalau supsek
hanya menggunakan parang, mengapa kesemua mereka di tembak mati?
Adakah sebarang amaran diberikan oleh polis kepada suspek? Versi polis
dalam setiap kes penembakan mati adalah sama dan mereka selalu
menggunakan faktor keselamatan diri untuk justifikasi penngunaan
senjata api di mana sehingga hari ini  pasukan polis tidak pernah
mendedahkan konteks penggunaan senjata api oleh pihak polis di
Malaysia.

"Kami memahami risiko keselamatan bertugas sebagai polis namun kami
tidak boleh menerima cara polis yang selalu menggunakan senjata api
dan menembak mati seseorang suspek. Perlembagaan Persekutuan Artikel 5
(1) jelas menyatakan setiap individu perlu menghormati hak bernyawa
setiap manusia," kata Penyelaras Suaram, Yap Heng Lung dalam satu
kenyataan semalam.

Sehubungan itu Suaram menyeru Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar
segera mengemukakkan Perintah Tetap Ketua Polis Negara (IGSO) yang
dituntut oleh rakyat dan membuktikan bahawa beliau serius dalam
melaksanakan pendekatan 4P yang dilaung-laungkannya.

"Kami menyeru agar satu Suruhanjaya yang bebas dan berdikari
ditubuhkan untuk menyiasat segala kes penembakan mati oleh polis
dengan serta- merta.

"Kami tidak boleh menerima bahawa IGSO sebagai bahan sulit kerana ia
melibatkan kepentingan keselamatan dan nyawa setiap rakyat dan ia
sepatutnya diumunkan. Ini dengan jelas membuktikan bahawa penggunaan
senjata api oleh polis tidak diimbangi oleh pemeriksaan awam dan
sekaligus menyebabkan tahap akauntabiliti yang amat rendah di dalam
institusi polis.

"Oleh kerana ketiadaan prosedur yang kukuh untuk memastikan setiap kes
tembakan polis seperti ini dilaporkan dan disiasat secara bebas dan
menyeluruh, timbul keraguan sama ada pihak polis sememangnya
menggunakan senjata api untuk mempertahankan diri ataupun sengaja
menggunakan terhadap suspek untuk memudahkan penyelesaian kes mereka,"
tegas beliau lagi.

Heng Lung berpendapat penggunaan senjata dan tidak memberikan hak
untuk suspek membela diri adalah salah dari segi undang-undang hak
asasi.

Tambah beliau, penembakan mati anak muda bawah umur Mohd Shamil
merupakan satu pelanggaran terhadap  Konvensyen Antarabangsa
Perlindungan Kanak-Kanak (CRC) terutamanya  Artikel 16 (1) & (11) dan
Artikel 37 yang memberi perlindungan terhadap kanak-kanak bawah
undang-undang dan terlindung dari sebarang hukuman yang tidak
berperikemanusiaan ataupun penangkapan tanpa bicara.

"Penyalahgunaan kuasa di kalangan PDRM dan penindasan terhadap hak
asasi manusia adalah masalah serius yang jelas wujud dalam PDRM,
seperti yang dinyatakan dalam Laporan Suruhanjaya DiRaja
Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis DiRaja Malaysia.

"Kami menyeru pihak polis berhenti mengunakan alasan kononnya
menyelesaikan kes jenayah dan untuk keselamatan polis dengan terpaksa
menembak mati sesiapa suspek . Kami percaya pihak polis adalah
terlatih dan berprofesional serta sanggup mengikuti prosedur
penggunaan senjata api yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu (PBB).

"Suaram menuntut agar pihak Kerajaan melaksanakan cadangan-cadangan
yang dikemukakan oleh Suruhanjaya DiRaja Penambahbaikan Perjalanan dan
Pengurusan Polis Diraja Malaysia terutama menubuhkan Suruhanjaya Bebas
Pengaduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) dengan segera," ujar Heng Lung.
- suarkeadilan
Share/Bookmark

1 comments:

Anonymous,  November 18, 2010 at 9:06 PM  

harap wak pohon jadi POLIS dan lepas itu baru beri ulasan ok . Jangan hanya pandai buat aktikel sahaja wak
. Kalau remaja tu tak buat salah kenapa nak serang POLIS dengan parang pula ?

Wak ... jgan pandai buat cerita sahaja . Bela remaja konon . Apa wak buat untuk remaja sekarang ? dr blog wak nihh banyak menghasut remaja lawan Polis bnayak la . Ini ka wajah wak yang sebenarnya .

Nak buat aktikel pandai tapi macam tak sekolah la wak jawa nihh

Blog list