Rakan WARTAMAYA

Saturday, October 30, 2010

YB meninggal, penduduk dapat masjid ... muakaka!!!

TPM umum masjid baru RM5 juta di Batu Sapi

30 Okt, 10 2:24pm

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan
peruntukan kerajaan berjumlah RM5 juta untuk membina sebuah masjid
baru di kawasan Batu Sapi.

Beliau berkata berkata masjid berkenaan adalah untuk memberi
keselesaan kepada ribuan penduduk Islam di kawasan berkenaan untuk
menunaikan ibadat.

"Oleh kerana di sini terdapat ribuan umat Islam maka kita luluskanlah.
Inilah berkat kita ada kuasa dan kemampuan," katanya ketika berucap
merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Lupak
Meluas di Sandakan.

Projek PPR berkenaan melibatkan pembinaan 500 unit rumah dengan kos
setiap blok dianggarkan antara RM80,000 dan RM100,000 dan dijangka
siap dalam tempoh dua tahun akan datang.

Rumah yang mempunyai kemudahan tiga bilik tidur, dua bilik air, dapur,
ruang tamu serta dilengkapi dengan bekalan elektrik dan air adalah
untuk penduduk setinggan di kawasan itu dengan penghuni dikenakan sewa
sebanyak RM124 sebulan.

Menurut Muhyiddin kesediaan kerajaan memberi peruntukan untuk membina
masjid, rumah, sekolah dan memberi bantuan kepada rumah-rumah ibadat
lain seperti gereja, tokong dan kuil adalah kerana kerajaan BN ada
kuasa dan kemampuan.

Sehubungan itu beliau berharap rakyat perlu terus memberi kepercayaan
kepada BN untuk memerintah negara ini kerana hanya kerajaan BN mampu
menunaikan janji meskipun kadang-kadang mengambil masa kerana perlu
memenuhi prosedur tertentu.

Tidak seperti parti pembangkang katanya, seperti PKR dan Parti Maju
Sabah (SAPP) yang cuma gah menjanjikan bulan dan bintang meskipun
menyedari mereka tidak mampu menunaikannya kerana tidak ada kuasa.

Muhyiddin meminta penduduk Sabah dan Batu Sapi khasnya supaya tidak
terpedaya dengan pelbagai isu yang cuba dibawa pembangkang untuk
meraih simpati kerana ia cuma akan merugikan rakyat Sabah sendiri.

"Ada pihak yang datang sini menjanjikan bulan dan matahari. Sebenarnya
mereka tidak ada kuasa dan tidak akan mampu melaksanakannya. Kalau 10
(Datuk) Yong Teck Lee pun, Yong Teck Lee tidak mungkin dapat bina
sebuah untuk rakyat di Sandakan.

Menurut Muhyiddin slogan "Sabah untuk Rakyat Sabah" yang
digembar-gemburkan SAPP merupakan perkara lama tanpa menyedari bahawa
ramai rakyat Sabah sekarang sudah maju malah ramai di kalangan mereka
memegang jawatan tinggi di semenanjung.

"Begitu ramai rakyat Sabah yang maju. Bukan sahaja di Sabah malah di
Kuala Lumpur. Mereka menjawat jawatan tinggi. Menteri ada, ketua
pengarah ada Peguam Negara ada dan banyak lagi. (Mereka) Bukan untuk
Sabah sahaja tetapi untuk negara kita Malaysia," katanya.

Sehubungan itu beliau berkata isu yang penting sekarang ialah untuk
memantapkan Sabah dengan meletakkannya di tempat yang wajar sesuai
dengan kedudukannya sebagai negeri kedua terbesar di negara ini.

--Bernama

Wakakaka!!!
Bagi duit
Bagi rumah
Bagi masjid
Semua boleh bagi kalau ada pilihanraya...wakakaka!!
Orang lain x dpt sebab tak der pilihanraya.

Rasuah atau ibadat?
Macam macam boleh jadi...muakakak!!
Berkat ada kuasa?...wakakaka!!!
Share/Bookmark

4 comments:

spender murah sekarang..,  October 30, 2010 at 7:32 PM  

bagi kuasa kat PR pulak,tengok berkat kuasa PR seluruh negara apa dapat pulak...berkat kuasa PR...
Selangor dapat subsidi air.
Pulau Pinang warga emas dapat RM.

dulu masa Pas ada kuasa kat Terengganu,cukai pintu hapus..tapi berkat kuasa Bn cukai pintu kena balik...

Takutnya kalau berkat kuasa Bn kat Selangor,,tarif air naik giler2

Jom,,hapuskan kuasa Bn...

azmie,  October 30, 2010 at 10:19 PM  

bila pulak yb aku nak mati ni

mangchikla October 31, 2010 at 7:24 AM  

Caa Muhyiddin ckp kat tv mcm duit tu bapak die punyer

Anonymous,  October 31, 2010 at 11:23 AM  

Tuan blog...
maksud tuan blog kalu mau pembangunan, mau jalan baru, mau rumah baru kena berdoa YB mati la ye supaya ada PRK,

Untung

Blog list